Image Slider

OUR SON, FARIZ DIAGNOSED WITH LEUKEMIA

Wednesday, 3 June 2020

Assalamualaikum & hi,

Bagi yang dah lama follow blog ija mesti terkejut kan dengan news ni. Pahit untuk di telan tapi itulah ujian untuk kami sekeluarga. Ramai yang tanya macam mana tahu Fariz ada kanser?

Fariz asalnya demam dalam 39 celcius. Since waktu tu memang kes Covid tinggi kan, jadi kami risau jugak. Bila ke klinik (8 April 2020) doctor buat blood test. From the test nampak white blood cell tinggi tapi doctor ingatkan infection. Masa tu dia demam panas, suhu dalam 39, tekak sakit & sakit tengkuk. Doc cakap lepas 4-5 hari with antibiotik akan kurang.

5 days later, demam dah baik tapi tengkuk Fariz sakit lagi. Doc ingatkan salah bantal. At the same time doc buat blood test again & bagi refer letter untuk ke hospital. Ingat lagi masa tu Isnin pagi, 13 April. So lepas ke klinik husband bawa Fariz ke private hospital. Dekat emergency ward, doc check tak ada apa. Ada infection kat tekak Fariz & kami pun ingat betul la salah bantal. Tu dia susah nak makan masa tu sebab sakit tekak.

Ni after Fariz balik from private hospital for check up

Tiba-tiba tengah ija kemas rumah petang sikit, dapat call from doctor klinik. Dia cakap ingatkan mesin dia salah baca blood test pagi tadi. So rupanya dia hantar sample darah Fariz to blood lab. From result sama & dia terus cakap suspek Leukemia. Masa tu gugur jantung ija. Terbayang mama, coz mama pun kanser darah dulu, but different type. Terus mengalir air mata. Doc advise untuk kami bawa Fariz ke Hospital Ampang for further check up. Masa ni kami tak bgtau Fariz lagi, risau Fariz terkejut & belum confirm kan.

Since tengah musim Covid ni, takut la nak ke hospital kerajaan. Ija tanya doctor tak boleh ke kalau pergi private hospital, tapi doctor cakap Hospital Ampang centre for blood cancer, ramai doktor pakar di sana. For some cases, even private akan rujuk ke Hospital Ampang. Dalam hati still in denial mood, keep cakap blood test tu silap. 

On the next day, husband bawa Fariz ke hospital for check up. Sedih ija tak dapat ikut sebab PKP kan, hanya seorang boleh dalam kereta. In this situation, driver & pesakit sahaja. Masa tu pun Fariz weak sangat. Dah seminggu tak makan sangat, of course badan lemah. Lebih kurang 2pm, husband call bgtau result, anak positive for Leukemia. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya ija waktu itu. Doc pun advise suruh terus admitted sebab HB Fariz masa tu hanya 6 & dia pun very weak.

Masa baru admitted di Hospital Ampang. Tu tengkuk masih sakit

Masa ni husband tengah explain pada Fariz pasal sakit dia & tenangkan dia. Its not easy for him & us. 

Ija bersiap, ambil grab & terus ke hospital. Dalam Grab memang mengalir air mata ni. For the next few days, ija seperti tak percaya dengan ketentuan ini. Cuma depan Fariz kami kena kuat. Jujurnya ija rasa Fariz lebih kuat dari ija sendiri. 

Masa ni tengah buat bone marrow procedure, nervous sebab first time for us

The next day buat bone marrow test, dapat tahu jenis leukemia Fariz. AML or Acute Myeloid Leukemia. The next day terus mula chemotheraphy (16 April 2020). Semuanya berjalan dengan pantas. Next post ija share pasal chemotheraphy & sambungan cerita ye. Ija harap jika ada salah & silap ija dengan sesiapa, mohon maaf & doakan kesihatan anak ija ye. 


Selepas keluar dari bilik procedure tu dia lalok. Ni lepas sedar.

Sebelum bermula chemo pertama

At the moment Fariz sekarang di Hospital untuk chemo cycle ke-2. Doctor estimate dalam 3 minggu di ward. 

Itu sahaja cerita ija kali ni. Jumpa di next posting.

My 2020 Birthday - TQ Husband

Tuesday, 2 June 2020
Assalamualaikum & selamat pagi,

Rindu nak bercerita di sini. Doakan ija konsisten update blog semula. Btw ija nak share video masa my last Birthday surprise celebration by husband. Husband ija memang bukan jenis buat surprise. Hadiah pun selalu dia tanya je nak apa hehe. Senang direct jer. On that day ija just expect a dinner, as usual. Kadang tak celebrate pun, just ingat dah cukup. Dinner tu biasa bila ada occasion penting untuk kami. But I dont expect him to bring me there with all those decorations. Memang menjadi la surprise tu.

Ija rasa itulah our last celebration for this year until anak kami, Fariz Eskandar sembuh. Allah bagi peluang untuk kami nikmati moment tu dulu until 2 month later kami dapat tahu pasal sakit Fariz. For those following ija di Facebook or Instagram mesti dah tahu kan, yang anak sulung kami diagnosed with Leukemia, type of blood cancer. Ija will share more about this later. Doakan ija ada kekuatan untuk menulis di sini. 

Sebelum pergi dinner ni, petang tu ija & husband ada jumpa our Insurance agent, Along, ni kawan MRSM Jasin ija dulu. Ntah kenapa masa tu ija risau kalaulah ija kena kanser, apa yang ada belum cukup rasanya. Tu yang jumpa Along untuk tambah polisi, kira nak tambah polisi on top apa yang dah ada. So we have done for us, ija & husband. Mana nak tau kan kena pada anak. Tak sempat nak naikkan limit for him, tapi syukur dari kecik dah amikkan insurance untuk Fariz. 

So here the short video, part of the sweetest moment for me. Ikutkan kami plan lepas Raya nak honeymoon ke Koh Lipe, dah sebab Covid19 ni, memang travel tu kena simpan dulu. Kalau tak sebab Covid pun, memang tak dapat nak tinggalkan Fariz buat masa ni. To my husband, I love you so much! Thanks for this surprise.



Sweetality Pemanis Pengganti Gula

Tuesday, 10 September 2019
Hi & assalamualaikum guys.

Terasa macam hari ni Isnin kan? Best bulan ni 3 minggu long weekend. Ni sementara menunggu adik ija habis briefing, ija ingat nak share pasal PEMANIS PENGGANTI GULA ZERO CALORIE ni. Since ija pun dah guna, so boleh la ija share my feedback kan. Sekarang kalau ke mana-mana, memang ija order air tanpa gula & titiskan Sweetality ni dalam air. Taklah minum air tawar lagi hehe.



Zaman sekarang mostly memang lebih alert pasal kesihatan. Tapi makin kita nak jaga kesihatan, makin menjadi-jadi juga makanan yang banyak gula. Macam ija suka benda manis, memang susah la nak avoid. Kalau ke kedai nak order air tanpa gula memang tak, sebab tak tahan pahit. Kalau orang dah biasa tak rasa apa pun kan? So jom kita study sama-sama pasal SWEETALITY.


Kalau ikutkan kita di sarankan untuk ambil gula tak lebih dari 9 sudu teh (lelaki) & 6 sudu teh (wanita). Kalau bancuh kopi o segelas, 3 sudu teh juga kan. Belum masuk makanan kita. Gula juga wujud dalam makanan lain seperti nasi, mee, roti, pasta & sebagainya. Tanpa kita sedar sebenarnya kita dah ambil gula berlebihan dari sepatutnya. Especially kita as Malaysian, kuat makan benda manis kan. Based on survey, Malaysian ambil in average 26 sudu teh sehari, of which 4x ganda dari yang di sarankan.

Bila kita ambil gula berlebihan, apa risiko yang akan kita hadapi?

  • Kenaikan berat badan & masalah kegemukan
  • Penyakit jantung
  • Diabetes 
  • Darah tinggi
  • Karang gigi
  • Kekurangan & kecairan khasiat mikro (vitamin & mineral)
  • Kesan kelakuan & pemikiran seperti hiperaktif di kalangan kanak-kanak
Apa kelebihan Sweetality?

Di hasilkan dari ekstrak gula tebu melalui teknologi proprietari FIF (Flavour Infusion Factor), rasa & kelihatan macam gula tapi mengandungi 80-98% kurang kalori. Kalau yang jenis liquid, almost zero calorie. Bayangkan 1 titik = rasa 1 sudu teh gula. Jimat sangat, 1 botol tu boleh sampai 300x penggunaan. 

Kalau yang jenis macam gula pasir tu, 1gram = 4 calorie. 1gram tu sikit kan tapi rasa sama macam 1 sudu teh gula biasa. Compare kalau gula biasa, 1 sudu teh = 20 calorie. Bayangkan kalau kita ambil 26 sudu teh sehari. Memang potong kaki. huhu.








So apa yang ija suka pasal product ni, dia membantu kita ubah gaya hidup kita. Kurangkan kalori harian kita. Yang liquid tu senang nak bawa ke mana-mana, letak jer dalam handbag. So bila minum di luar kita order air tanpa gula. Then titiskan dalam 2-4 titik dah cukup. Kalau di rumah, kita boleh guna yang jenis macam gula pasir tu untuk memasak. Even for baking pun boleh. 



Kalau uols nak try boleh la contact ija. Health is our wealth kan. Hope this entry dapat bagi gambaran apa bendalah yang ija selalu share kat FB tu hehe. Thanks guys selalu singgah blog ija.




TAK PANDAI VS MINAT

Friday, 16 August 2019
Hi & assalamualaikum.

Lamanya ija tak bercerita di blogkan. Now I am back. 

Ija nak cerita pasal tak pandai. Ada orang beranggapan orang yang berniaga ni sebab pandai buat business, tak pun mesti sebab minat kan? 

Ija nak cerita my story. Ni cerita betul tau, bukan rekaan. Pernah lepas belajar dulu ija nak cari duit. My mum berniaga di pasar malam masa tu. Ada one of pasar tu, dia tak larat nak berniaga, pasar Khamis nama dia. Orang Raub mesti tahu, pasar malam Khamis ni ada sampai sekarang. Dekat round about Hospital raub jer. Jadi masa tu mama nak stop la berniaga la kat pasar Khamis tu. 

Ija plak nak cari duit masa tu, so ija tanya dia “what if kalau ija yang ganti dia”. Ija tak pandai masak pun waktu tu. Masak untuk makan sendiri lain, masak nak berniaga ni kuantiti besar, ija memang tak pandai. Tapi kan sebab nak duit, sanggup la belajar dari mama. Ija jual mee / keow teow / bihun goreng masa tu. 

Ija belajar dari mama & follow jer sukatan / aturan yang mama dah tetapkan. Follow sebijik-sebijik. Tak berani nak alter biarpun sikit. Jadi bila follow sebijik, rasa tetap sama. Uols rasa ija buat tu sebab suka or minat ke?

Minat vs keinginan nak cari duit, yang mana lebih penting? 

Sama lah bila ija mula business korset (Premium Beautiful) ni, ija bukan pandai pun pasal korset or online nih. Tapi kan ada orang lain yang dah lalui dulu dari ija, so kita belajar jer dari yang pandai dari kita tu. 

Minat? Masa tu lebih kepada nak duit lebih.

Tapi sekarang dah 7 tahun dalam business ni. Dah macam jiwa ija. Tak suruh buat pun memang ija tak nak tinggalkan business ni. Minat tu hadir selepas ija dapat hasil. Minat tu akan datang sendiri nanti. 


Apepun kita usaha jer. Allah kan suka orang yang berusaha dari meminta-minta. Sekian cerita ija. Kalau ada nak share silakan, moga memberi inspirasi kepada yang lain. 









Hello February & Melbourne

Friday, 1 February 2019
Hello February!

My birthday month & my husband too. So mestilah special kan bulan ni hehe. Ni subuh lagi dah dapat good news from company. Its confirm our next trip to MELBOURNE!!! 

Excited giler! Sebab ija sendiri belum sampai Melbourne. Previous trip to Australia was Gold Coast. Dah 2x free trip to Gold Coast as Premium Beautiful agent ni. Another new place for Travelog Shaliza Aziz. 

Jangkaan nak ke sana August ni. Suhu masa tu dalam 6 to 15 celcius. Musim sejuk. Best tuh, nyaman-nyaman jer. 6 tu ija rasa malam, siang kalau 15 celcius memang sedap nak jalan. Kalau cuaca sejuk ni, bila amik gambar muka pun nampak elok berseri-seri. 

So nak ke mana di Melbourne nanti? Lets check it out ...


1. Captain Cook's Cottage

Di bina pada tahun 1755 & salah satu tumpuan pelancong. Biarpun dah lama tapi building masih cantik. 





2. Shrine of Remembrance

Di sini merupakan tapak peringatan perang. Tapi orang macam ija ni yang tak berapa suka sangat bab sejarah, dia nampak cantik untuk bergambar jer. Sambil tu tengok tempat & budaya orang. Especially bila our tour guide nanti bercerita, masa tu baru lebih faham sikit dari baca di google jer.





3. Yarra River

Ni macam heart of the city & tempat beriadah penduduk setempat. Banyak juga acara penting di adakan di sini such as famous Moomba festival, rowing regattas, the Melbourne Festival and Dragon Boat Festivals. Selalunya kalau trip SHOM ni ada river cruise, so boleh la tengok view Melbourne from the boat.





4. Queen Victoria Market

Part ni ija paling excited. haha. Dah kenapa kan? Pergi pasor jer pun. Actually kalau ke oversea ija memang suka ke pasor. Sini la nak cari buah fresh. Dia punya teruja tu macam shopping handbag jugak. 






Ni kenangan from previous pasor hehe.

Osaka, Japan

skuad pb (premium beautiful) expert
At Rome, Italy

Titisee Lake, Germany

5. Bathing Box

I think this is most favorite spot by orang Malaysia hehe. Selalu nampak di IG. Kira tempat wajib la nak bergambar. Aliaa cakap nanti kita cop setiap orang 1 pintu, geng Skuad PB Expert ni pantang bab bergambar hehe. Btw ni rumah kecik tepi pantai jer. Tempat orang salin baju, simpan barang & etc. Tapi bila dah cat nampak menarik. I think we should have similar at our beaches. Tak ada la nak mandi kena ada orang jaga bag hehe.





6. Phillip Island Chocolate Factory


Okeh nanti boleh create our own chocolate here hehe. Yang pasti tak lupa nak borong untuk family & friends as souvenir. Hari tu borong chocolate di Swiss, ingatkan banyak dah. Rupanya kejap jer dah habis. Rasanya hari tu beli chocolate jer dah 5kg huhu. Fariz & Raziq pun bila tahu ada chocolate dalam peti ais memang dorang asyik buka jer la.






7. Penguin Parade at Summerland Beach


Comelnya makhluk ni hehe. Zaman gemuk ija masa sekolah, my mom panggil me penguin. Dia cakap pendek & jalan terkedek2, mama lupa dia pun tak tinggi haha. 

Kalau sebelum ni tengok penguin dalam zoo jer, ni live depan mata at their own habitat. Untuk this kind of experience ija tahu bukan free. Macam last trip to Gold Coast, our SHOM bawa tengok whale di tengah lautan. Kalau pergi sendiri memang berkira-kira la sebab mahal sangat. Kena plak dengan our exchange rate kan. Untung follow free trip ni.





Ni gambar masa whale watching tu. Nak tunggu whale muncul pun nasib sebenarnya, sebab tu memang whale liar. Rezeki kami dapat la tengok dalam 3 ekor masa tu. Subhanallah besar betul. 


skuad pb (premium beautiful) expert
Dapat la snap sipi-sipi, kusyuk sendiri tengok live


skuad pb (premium beautiful) expert
August 2017, with our tour guide


8. Puffing Billy Steam Train


Ni boleh sit back & rilex sambil layan pemandangan di kawasan Dandenong Ranges, about one hour from Melbourne. Boleh juga duduk dengan kaki terjuntai macam dalam gambar tu. Kalau tengok dalam their website (https://puffingbilly.com.au), harga ticket range AUD 60 - 80. View kawasan tu cantik giler. 




9. Warrock Cattle Farm


Next is zoo hehe. Kali ni boleh bagi makan kangaroo & wombat. 








10. Chadstone Shopping Centre


This mall dah buka sejak 1960 & ada 530 stores. Super huge kan? This mall memang mall terbesar dalam Australia. Kat sini best shopping baju anak-anak & barang rumah. Cheaper than Malaysia tau. Hari tu masa ke Gold Coast pun ija banyak beli baju Raziq & Fariz. Dah la lagi banyak pilihan (stylo githu), even after convert currency still cheaper than in KL. Masa ni confirm mak-mak hilang dari radar & pak-pak just cari cafe untuk duduk menunggu hehe.







 11. DFO South Wharf Mall

Yang ni more to high end brand. Tapi tak semestinya designer butik jer. Adidas pun consider high end tau. Bila ija tengok their website, banyak ni store favorite husband. One of it, Ben Sherman. Ku jangkakan dia plak yang hilang masa ni. 




Banyak kan tempat kita nak pergi nanti? Yang mana your top pick? hehe.

Bila dapat ke tempat orang ni best sangat. Selain pemandangan yang berbeza dari tempat kita, of course travel ni as one of the best theraphy. Cumanya dengan duit MYR kita yang kecik ni, nak ke tempat orang terasalah juga. 

So ni peluang untuk uols melancong secara percuma. Free trip for averyone. Gold Coast 2 years ago, company bawa 700 usahawan. Pecah rekod Australia as group pelancong terbesar yang datang ke negara dorang. Kalau orang lain boleh buat, kalau ija boleh buat, ija yakin uols pun boleh.

Be part of my Skuad PB (Premium Beautiful) Expert, ija akan guide step by step sampai uols capai apa yang uols nak. Thank you sudi baca entry ija sampai habis. Jangan lupa share sama tau. Sayang korang!




G8 UNITY POWER UP SEMINAR VOL 2

Monday, 1 October 2018

"Ya Allah. Bestt giler terkesan abis macam kene pukauu jerr dalam dewan smlm rugi sape tak hadir. Rasa macam lepas semua beban kat kepala. Pahtu elmu letupp kan sales thru zero cost marketing mahal gilerr kutt. Memang balilk penuh ilmu didada, nak pulun betul2 gambate" Mazura Ali, Kuala Lumpur

"Memang lain macam. Sampai sekarang tak bole nak move on lg. Bangun pagi rasa nak pergi seminar. Byk perkongsian ilmu. Terima kasih CDM Shaliza Aziz" Disa Jumani, Rawang

"Ni first time sal join seminar mcm ni. Aura lain macam. Speaker semua hebat-hebat dan berpengalaman. Dah nampak jalan dan cara nak buat business. Rasa macam tak cukup seminar sehari. Rasa macam ade lagi ilmu yang nak belajar. Thanks to all cdm especially cdm Shaliza Aziz. Major love" Salma Samsuddin, JB

"Seminar yang sangat² hebat. Macam nak seminar hari². Tak sempat nak down. Positif sentiasa. Kalau boleh nak duduk betul² depan tangga stage. Melampau kan saya? Hehe. Tapi serius mang best giler. Aura tu memang terasa masuk terus ke dalam jiwa." Nor Izanshasilla, JB

"Semangat hari ni lain macam dari sblm ni. Aura positive meluap luap dalam jiwa." Anis Zaee, Subang Jaya

"The best seminar ever. Aura dari G8 CDMs and all the team member memang positive sangat. Seminar ni sebenarnya memang sedarkan diri ni dari pada terus leka. Alhamdulillah diberikan peluang utk hadir dlm seminar yg sgt banyak ilmunya!" Siti Asmah, Subang Jaya

Source: FB page @shalizaaziz.g8unity

G8 UNITY POWER UP SEMINAR VOL 2 2018


G8 UNITY POWER UP SEMINAR VOL 2 2018


G8 UNITY POWER UP SEMINAR VOL 2 2018


G8 UNITY POWER UP SEMINAR VOL 2 2018


G8 UNITY POWER UP SEMINAR VOL 2 2018


G8 UNITY POWER UP SEMINAR VOL 2 2018


G8 UNITY POWER UP SEMINAR VOL 2 2018


G8 UNITY POWER UP SEMINAR VOL 2 2018


G8 UNITY POWER UP SEMINAR VOL 2 2018


G8 UNITY POWER UP SEMINAR VOL 2 2018


G8 UNITY POWER UP SEMINAR VOL 2 2018


G8 UNITY POWER UP SEMINAR VOL 2 2018


G8 UNITY POWER UP SEMINAR VOL 2 2018


G8 UNITY POWER UP SEMINAR VOL 2 2018


G8 UNITY POWER UP SEMINAR VOL 2 2018


G8 UNITY POWER UP SEMINAR VOL 2 2018


G8 UNITY POWER UP SEMINAR VOL 2 2018


Auto Post Signature

Auto Post  Signature