Petrol Naik 20sen vs My Side Income Story

Tuesday, 3 September 2013

Semalam rasanya penuh our social media, especially Facebook & Instagram about kenaikan petrol kan. Kebetulan pagi tu masa nak keluar, minyak kereta dah nak habis, so memang selamat dah isi full tank. Else, mesti ieja terjebak dalam kesesakan di petrol pump.



Dalam situasi ni memang kita rasa nak marah, geram etc. But most of the time kita tak dapat nak ubah realiti ni, semakin hari semakin tinggi our cost of living. One of the option is by doing part time job. For me side income is not something new. 

Ieja ingat masa ieja mula-mula kerja di bank dulu. Gaji dalam RM1k jer. Ketika tu jugak ieja as a single mum terasa beban di bahu. Ieja bukan datang dari family kaya, so in that situation ieja tak boleh meminta-minta pada family. Just imagine duit sewa rumah (biarpun hanya flat) RM400, tu 8 tahun lepas. Then monthly expenses for Fariz? Susu, pampers & pengasuh je dah dalam RM500 per month, ni dah bajet habis. So ade balance gaji dalam RM200-300, cukup tak? Belum kira transport nak pergi kerja & duit belanja makan. So masa tu memang ieja pulun overtime, tapi after a few years office dah mula tak ada overtime. 

So what I should do? Merungut? Tak dapat apepun. So masa tu ieja start cari SIDE INCOME. Ieja jadi agen Insurans & Unit Trust, but maybe tak sesuai or not enough guidance, ieja stop after almost a year. But yet from there dapat la dalam a few hundreds. Then ieja start cari part time job. Alhamdulillah masa tu dapat kerja admin di area rumah ieja, kerja 2 jam sehari X 5 hari seminggu, dapat dalam RM600. Actually ieja rasa boss ni kesian pada ieja kot. Sebab pada mulanya dia hanya janji gaji RM500. Just imagine balik kerja terus rushing buat part time job, 8pm to 10pm. Bukan senang tapi itulah pengorbanan. 

Fast forward, after ieja berkahwin. My husband pun memang akui, our gaji still tak cukup. Alhamdulillah, life banyak improvement. I being promoted & hubby's salary also okey, tapi hanya cukup-cukup perbelanjaan bulanan. Of course, cuba tengok monthly rumah kita & kereta (itupun kami hanya 1 kereta), dah almost our 50% salary. Masa ni dah beli our own house, tapi condo jer la yang mampu. Tu belum masuk komitmen lain kan?




Then my husband decided nak buat business kereta sewa. So dapatlah dalam RM500 per car. Modal bukan sedikit, kalau kereta Myvi dah dalam RM50k, dapat RM500 per month. Nampak kan margin kecil sangat-sangat. After a year buat business ni, agent kereta sewa dah mula buat hal. Payment tak berapa cantik & end up kami kena bayar loan. Do we regret or blaming others? Nope, because this was our decision. Tak pernah nak salahkan orang yang suggest & ajak kami buat business ni. We earn experience :)

So mood mencari peluang baru bermula. Pada ieja never give up coz selagi Allah beri kita kudrat & nyawa, selagi tu perlu berusaha. Alhamdulillah, my husband memang rajin cari duit. So mind set kami sama, tak boleh nak rasa selesa kalau duit hanya cukup-cukup belanja bulanan. 

Then jumpalah dengan business ni. Jumpa blog Hanis Haizi & Sha Khalid. Ieja kagum melihat pencapaian mereka biarpun dalam masa yang singkat. Biarpun before ni ieja agak skeptikal about business networking, rupanya I was wrong. Tu la kan, asyik dengar dari mulut orang but actually all are just rumours. So slowly after that, ieja mula open my mind & heart for this business. 

So here "Tips Memilih Bisnes yang Tepat" for your info.

Ieja percaya dengan rezeki dari Allah ini & sebab tu terus berusaha. Pengalaman lepas banyak mengajar ieja jadi kuat. Biarpun kadang-kadang ada je kata-kata sinis. For me, pedulikan. Bukan mereka tanggung hidup kita & maybe dia belum kenal erti susah. 

Since mula business ni in July 2011 until now, tak pernah tak dapat monthly bonus. Minimum 4 figures, sangat-sangat banyak for me. Alhamdulillah dari business ni la our main income. Tak pernah ieja bayangkan yang suatu ketika dulu hanya bergaji RM1,000 but now with 5 figures income.

With my own experience, now I lead my own team called The Diamond Circle under GLAM. My target nak bantu lebih ramai ubah kehidupan ke arah yang lebih baik. We do work as a team, so teamwork sangat penting. Kami bukan skim cepat kaya, so kena ada usaha dari diri kita juga. Nak senang jangan malas, nak senang jangan cepat mengeluh. Allah maha adil, setiap usaha kita ada ganjaran. 


Leaders of The Diamond Circle




Panjang pula entry ieja kali ni. Tu sahaja luahan dari pengalaman hidup ieja sendiri. Tiada kena mengena dengan sesiapa :)

Have a great day ahead! 

XOXO,






Post Comment
Unknown said...

perkara biasalah minyak naik sbb bukan kita yg kawal pasaran.lain lah kalau kita yg kawal segalanya..apa pun bersyukurlah saja. sy pun mcm tu juga... :)

Shaliza Aziz said...

Harith, betul tu. kita tak boleh kawal, so better kita usaha. At least tu di bawah kawalan kita :) thanks for dropping my blog.

Auto Post Signature

Auto Post  Signature