Thursday, 9 January 2014

Al-fatihah


2013 di sambut dengan pemergian pakcik, which adik emak yang paling bongsu. Biasa panggil pak kecik, sebab yang paling kecik. Since ieja banyak membesar di rumah nenek dulu & pakcik memang stay dengan nenek, so terasa juga kehilangan arwah. Arwah tak sakit lama, mungkin arwah pendam seorang. Arwah tak kahwin & tinggal seorang di rumah tinggalan arwah nenek. Nasib rumah arwah nenek tak jauh dengan rumah mama & mak teh. Senang nak berulang alik datang rumah kami.

Malam Khamis lepas dia call mak teh mengadu susah untuk bernafas. Terus mak teh bawak ke Hospital Selayang as requested by arwah. Pada mulanya tak teruk, a day after which is last Friday doc call mak teh inform yang arwah tengah nazak. Lucky ieja bekerja sendiri, boleh temankan mak teh di hospital. Family yang lain pun sempat datang lawat arwah.

After a few days, arwah pergi menemui illahi. Doktor sahkan kematian arwah kerana multi organ failure & ada jangkitan kuman dalam darah. Rasa semuanya berlaku dengan cepat sekali. Itu lebih baik dari arwah menanggung sakit. Doc ada cakap, kalau arwah hidup mungkin arwah akan lumpuh. Allah lebih menyayangi arwah & dalam 5.15pm arwah pergi mengadap Illahi. 

Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang. Jadi kami bawa jenazah pulang ke kampung, Raub, Pahang. Alhamdulillah urusan jenazah sangat mudah & sempat di kebumikan pada hari yang sama. Biarpun urusan jenazah bermula petang dalam 4.00pm, tapi segalanya di permudahkan. Alhamdulillah. 

Arwah selamat di kebumikan pada 10.00pm di sebelah kubur arwah nenek & arwah aki. Kalaulah nenek masih ada, tentu arwah nenek sedih. 




Kini, rumah arwah nenek dah kosong. Terasa semua kenangan nenek seperti di bawa pergi oleh arwah pak kecik. 

Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita pergi.

Al-fatihah buat arwah Ismail bin Ujang.


 

1 comment:

Airin Diana Anuar said...

AL-fatihah.
Tersentuh sangat baca entry ieja this time.
Moga roh arwah diberkati dan ditempatkan di kalangan orang beriman.
Amin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...