Happy Father's Day ~ My Story

Sunday, 15 June 2014





Pagi-pagi lagi dah penuh wall FB & Insta with Father's Day wishes. Macam-macam gambar ada :) Terus scroll galery pic tengok pic apa yang sesuai. hehe.

So di kesempatan ini ieja nak juga wish pada my husband, Ridhuan Che Rus. For me bukan senang nak cari seorang ayah ganti macam beliau. Sangat sayangkan Fariz even more than me. Kadang-kadang dia yang lebih fikirkan apa-apa for Fariz. That's why bonding between them sangat kuat. I'm so thankful di temukan seorang suami & ayah yang baik macam beliau. Thanks abang. We love you so much!

Next person of course my papa, Othman bin Taib. For some people mesti pelik kenapa nama ayah Othman sedangkan my name Shaliza Aziz. Actually cerita macam Fariz & my hubby too. Even dulu cakap pada my hubby nak cari pengganti mesti macam papa. Coz papa sangat sayangkan ieja sama macam adik-adik yang lain. Tak pernah bezakan anak-anak biarpun ieja lain. Sebab itu bonding antara kami adik beradik sangat kuat. Tak nampak pun ada gap. Muka papa nampak garang (masa muda dulu hehe), actually papa sangat cool. Papa dulu masa kerja memang spoilkan ieja especially bab shopping. Even dulu kalau ieja homesick masa awal masuk MRSM, dia terus datang. Lepas tu kalau homesick dah tak cakap pada papa, kesian dia datang jauh-jauh. Thanks papa. Ieja doakan papa sihat selalu.




Next to my father in law, Che Rus bin Daud. Thanks sebab dah besarkan Duan sebaiknya. Seorang ayah yang tegas, thats why Duan pun tegas ;) Tapi bagus sebab selain tegas, Duan sangat disiplin & teliti. I guess ini sebab didikan ayah. Thanks for your kasih sayang. Ingat lagi masa Duan accident dulu, ayahlah yang jaga Duan sampai sebulan. Ayah dah la kecik, kena tolak duan atas wheelchair yang jauh lebih besar dari ayah. Pengorbanan seorang ayah. Hope one day kami pula dapat jaga ayah sebaik itu. Bukan jaga Duan je, kalau kami tak ada especially kalau ke luar negara, ayah datang KL tolong jaga Fariz. Special treatment siap hantar Fariz ke sekolah juga. Kalau kami balik kampung, ayah pagi-pagi lagi dah keluar cari our favorite breakfast. So bila bangun memang dah terhidang. Thanks ayah.




Rasanya tadi nak buat entry pendek je, terlajak pula bila mula berbicara. Rasa sebak pula sebab terasa bertuah di kurniakan insan-insan istimewa ini. Alhamdulillah. I love them so much.

Kepada kaum bapa yang lain, ieja ucapkan Selamat Hari Bapa.


Post Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature