Panic attack!!
Esok dah nak fly tapi bag belum packing lagi. So here are a few tips from my own experience bila nak packing:
1. Buat List
Tulis apa yang perlu di bawa. Detailskan untuk mudahkan packing & supaya tak lupa. Sebelum packing review balik list tu. Yang mana tak perlu, eliminate from the list. Once dah masuk luggage, tick. Takut ada yang tertinggal. Sebelum keluar rumah, review again your list.2. Packing by person
Start packing with my stuff, then baru hubby or Fariz. Kalau travel with Hai-O, packing luggage mesti less than half of the luggage. Bagi ruang untuk shopping nanti. Each of me & hubby bawak own luggage. 1 luggage untuk isi semua, another 1 isi food. For me suka travel light, tak suka bawak banyak barang. So esok ke Shanghai confirm macam bawak bag kosong.3. Gulung pakaian
Gulung baju / seluar untuk jimatkan space, except blouses. Ieja akan bawa yang dah siap iron, so lipat besar sikit, kurangkan posibilities untuk kedut. Untuk jimat space & weight, ieja jarang bawak yang tebal-tebal. Unless kalau tempat yang nak pergi tu musim luruh or sejuk.4. Hanya bawa basic make up
Bawa make up yang perlu sahaja. Just bawa yang basic. Tak perlu bawak semua macam MUA professional. hehe5. Jangan lupa ubat
Mesti nak bawak ubat, contoh panadol or ubat selsema / sakit perut. In case kalau demam or sakit. Biasalah kadang-kadang perubahan cuaca kan, senang demam. Tak pun perut meragam sebab tak biasa dengan local food. So stand by jer ubat-ubat yang perlu.6. Bawa extra kasut yang selesa
For me esok memang pakai fitflop ajer. Dalam flight tak selesa kalau pakai kasut, so I bring extra sandal untuk pakai for our malam gala dinner & if gediks nak melaram. But make sure tak berat sangat.7. Susun by section
Biasalah kalau travel berdua, kadang banyak sangat barang kan. So bila nak cari nanti habis kena punggah. For me nak elakkan bersepah always susun & buat section tertentu. Contoh by baju, by toiletries, by make up. So bila buka luggage nanti, dah tahu kat mana nak cari barang-barang tertentu. For me ieja susun from right to left or sebaliknya. Bukan dari atas ke bawah. Nanti susah kot nak cari barang. So bila buka luggage, dah nampak semua barang.8. Start packing with barang yang lebih besar
Start packing with barang yang paling besar. Usually our baju. Yang ni je main barang yang kita bawa. So yang lain-lain maybe boleh selit ikut ruang yang ada.9. Don't forget hand carry
Kalau ke overseas, wajib bawa hand carry luggage. Hand carry mesti yang beroda 4, senang nak tolak / tarik kan. In case overweight nanti, boleh isi dalam hand carry. Since esok our flight at 1 am, so sampai Shanghai mesti nak bersiap. So siap-siap letak basic toiletries & 1 baju untuk tukar nanti. Jangan lupa letak charger hp, biasalah hp sekarang cepat sangat habis bateri. So pantang jumpa plug, terus charge your hp or your powerbank. Barang-barang lain letak dalam check in luggage.10. Sling bag
For travelling, ieja prefer sling bag. So siap-siap letak your passport. Dalam handbag tak perlu letak banyak barang. Sometimes wallet perempuan ni tebal & berat, mine ieja bawa kad bank, IC & credit card only. Wallet tinggalkan je. Jangan lupa letak siap-siap power bank, sunglasses, tiger balm, pouch for RMB & lip balm (prefer cozuma, lagi moist + ada color hehe).![]() |
Ni dengan Ain masa nak ke Gold Coast. My Cath Kidston ni lasak & kalis air. Compartment pun banyak. Setia berkhidmat sejak London / Paris trip lagi. |
I think ini sahaja tips yang tak seberapa dari Ieja. Hope berguna untuk uolss :)

012-497 2602
or
shaliza_82@yahoo.com
or
shaliza_82@yahoo.com
Post Comment
Post a Comment