Biasa jika kita nak buat sesuatu yang luar biasa, akan ada cabaran. Contoh nak bermula business networking. Ramai yang akan bagi pendapat masing-masing but most of the time pendapat itu berdasarkan pengalaman orang lain or mungkin pernah gagal di sebabkan kelemahan sendiri ataupun kekurangan dalam usaha.
Tapi banyak juga kejayaan yang ada di depan mata kita. Yang ni jarang orang selidiki. Lumrah manusia yang tak elok lebih orang nampak. Sebab tu kalau kita buat salah orang akan selalu sebut, yang buat baik tu boleh jadi tak nampak ;)
Tapi kalau kita nak berjaya, just follow orang-orang yang dah berjaya. Kalau belum bermula kita dah fikirkan negatif, maka hasil negatif juga. Tapi macam mana kita nak meneruskan usaha kita dengan rasa bersemangat?
So ieja share 10 tips ini dari blog Jutawan Internet, Ifran Khairi. For me ieja perasan ini yang ieja amalkan dari bermula business hingga hari ini. Tanam & pupuk rasa GHAIRAH!
- Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak sedar betapa cepatnya masa berlalu!
- Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita rasa terhibur dan cukup seronok melakukannya!
- Apabila melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita tidak akan merasa bosan melakukannya!
- Apabila seseorang bertanya tentang perkara mengenai minat kita, kita akan mendapat sejenis tenaga dan dengan penuh keghairahan menjawab soalan-soalan yang ditanya!
- Apabila seseorang mengutuk atau mengeji perkara yang kita minat dan ghairah, kita akan rasa marah dan kita akan mempertahankannya bermati-matian!
- Apabila kita ghairahkan perkara itu, sebelum tidur kita ingat, bangun tidur pun kita akan terus ingatkannya.
- Apabila kita pergi kemana sahaja, perkara yang kita ghairahkan itulah yang kita asyik nampak di mana-mana sahaja.
- Apabila bertemu dengan orang yang mempunyai minat keghairahan yang sama, kita akan menjadi amat teruja berbual dengannya!
- Apabila kita berada di dalam kesedihan, hanya dengan melakukan sesuatu yang kita ghairah, kita boleh menjadi amat gembira serta merta dan hilang rasa sedih dan kecewa.
- Apabila kita berpeluang merealisasikan minat kita yang sekian lama kita ghairahkan, kita terasa bagaikan satu impian besar sudah tercapai.
Kenapa ieja rasa ghairah? Sebab ieja fokus pada impian & matlamat. Apa juga hasil yang leader ieja (CDM Hanis Haizi & CDM Razali Zain) pernah capai, for me itu gambaran masa depan ieja. Bayangkan menjadi jutawan di usia muda. Tak ada masalah kewangan & masa yang banyak bersama family. So setiap masa ieja akan ingatkan perkaran ini. Alhamdulillah, I am getting closer to my dream than before.
Alhamdulillah, apa juga dugaan yang datang akan membuatkan ieja lagi rasa kuat untuk improve lagi. For me dugaan bukan bermakna kita perlu down. Sebab kalau kita beri masa untuk down, makin lambat untuk kita bangun capai impian & matlamat itu. Kalau boleh cepat, why kita nak lambatkan.
Lagipun kita bukan semakin muda, anak pun semakin besar. Emak ayah pun semakin tua. Makin cepat kita capai impian & matlamat, keluarga kita juga akan senang bersama. Kalau lambat, sempat ke kita nak berbakti pada emak ayah?
So hopefully dengan tips yang di kongsi ini dapat memberi kekuatan pada anda semua. Always tanam if orang lain boleh apa kurangnya kita. Ieja sendiri bermula dari ZERO. Ieja sendiri pernah gagal dalam hidup. Alhamdulillah rupanya Allah bagi ujian itu untuk ieja bangun lebih kuat.
Good luck! Jumpa anda di puncak kejayaan.

012-497 2602
or
shaliza_82@yahoo.com
or
shaliza_82@yahoo.com
Post Comment
Post a Comment