Pagi ni terbaca post kawan berbau perli. Tadi jumpa business partner dia pun cerita pasal perli. hehe. Memang biasa orang kita suka perli orang lain. Teringat pula cerita CDM Hanis Haizi.
Dia cakap masa tu baru 4 bulan dalam business ni. Kawan dia perli cakap nanti CDM Hanis income 6 angka baru dia datang for the business. Dia geram juga tapi apa kita boleh buat kan. So CDM Hanis tanam azam yang alang-alang orang perli dia, biar one day jadi kenyataan. Today she is earning 6 figures income on monthly basis. Bukan income tahunan. Kawan tu pun segan nak jumpa dia lagi.
Same goes to me, pagi tadi kawan perli cakap income 6-7 angka. Tak apa, itukan doa. InshaAllah one day I will earn that much. But ieja bersyukur, dulu ieja gaji hanya range RM3xxx++ but from this business income 5 angka. Dulu ieja tak ada kereta sendiri (malah tak ada lesen), but today from this business I drive my own BMW. Bukan hadiah dari keluarga ataupun suami. Hasil dari usaha sendiri. Ieja sedar ieja ni bukan dari keluarga kaya, jadi kena usaha lebih. Lagipun apa kita usaha untuk keluarga. Bukan untuk enjoy semata.
Suami ieja selalu pesan, jika orang perli jadikan itu sebagai sumber kekuatan. Jangan kita pandang rendah pada orang lain. Jangan juga rasa diri hebat. Allah beri rezeki pun dah syukur. Just ingat, setiap kata-kata itu doa. So dia nak perli, teruskan. Suami cakap dia masa kecil pun pernah kena perli. Sampai besar dia ingat. hehe. Tapi Alhamdulillah, kata-kata perli tu dia jadikan sumber kekuatan untuk fight.
Sebenarnya tak semua kawan macam tu. Dalam ada manusia begitu, ada ramai lagi kawan yang baik-baik. Bagi sokongan & motivation. Alhamdulillah, sejak buat business ni bertambah ramai kawan. Tak semestinya clients or business partners sahaja. Kadang-kadang memang tak kenal lansung. But they very nice to me. Kawan-kawan lama yang banyak membantu ieja juga tak lupa. That's why kita kena pilih kawan. Bukan putuskan hubungan cuma jarakkan. Kalau selalu kutuk or perli kita sampai buat kita rasa rendah diri, agak-agak layak ke di panggil kawan?
For me pilih yang positif. Hidup kita akan jadi lebih positif juga. Kalau uolss ada pengalaman seperti ieja or CDM Hanis, just ignore. Ingat setiap kata-kata itu doa. Jika orang cuba merendah-rendahkan kita, jangan kita down. Tapi jadilah sebaliknya. Tunjukkan pada mereka kita boleh!
Itu sahaja perkongsian dari ieja. Semoga yang baik di jadikan tauladan, yang tak elok kita jadikan sempadan.

012-497 2602
or
shaliza_82@yahoo.com
or
shaliza_82@yahoo.com
Post Comment
Post a Comment