Hello ...
Lama betul nak pilih gambar. Baru sekarang nak sambung cerita about our recent trip to Budapest & Vienna. So ieja start with our Day 1. Lets start from KLIA. Kami start berkumpul dalam 10pm di KLIA. Kali ni naik Emirates and transit di Dubai. So tak ada la penat sangat kan dalam flight. This trip merupakan my 4th Europe trip with business after Holland & Belgium, London & Paris and Paris, Florence & Rome.
Done group check in. Muka nak tidur hehe |
After 6 hours, kami sampai di Dubai. Since transit about 4 hours, sempat kami makan, bersihkan diri & jalan-jalan. Not only that siap dapat free voucher untuk makan. Mana-mana Emirates flight yang transit more than 4 hours memang dapat free meal voucher. Sempat la kami beli souvenir macam fridge magnet & starbucks tumbler. hehe. Sempat jer shopping kan.
With my travel buddies & also my business partners. InshaAllah we will travel around the world together. |
After another 6-7 hours, sampailah kami di Budapest Airport. Excited giler!! Sampai tempat baru haruslah excited kan. Sampai di sana pun dalam 10 am. Sampai jer terus tukar baju, tak mandi pun. haha. Just gosok gigi sudah ;p Tapi dalam gambar nampak berseri-seri kan. Btw, masa di Dubai pun dah bersihkan diri. So kira masih wangi. haha.
Yati, me, Ain, Yong & Mini |
The man behind GLAM, CDM Razali Zain. Our mentor and also a good friend to us. |
Then, kami di bawa lunch. Rasanya after urusan di airport + perjalanan ke town adalah dalam 1 hour ++. Sampai restaurant pun dah sampai lunch hour. Rasanya macam baru makan dalam flight. haha.
So sepanjang perjalanan tadi, dapat tengok keunikkan building or seni bina di Budapest. Cantik & sangat classic. Mostly old building since kami di Buda town, referred as old town. While Pest refer to new city. Di pisahkan oleh Danube River. Senang jer nak bezakan, tengok their building sahaja & sungai.
Indian Restaurant. So dari nasi, kari & even capati semua ada. Ni muka after kenyang. |
After lunch kami suppose terus balik hotel for check in by 330pm. Coz malam, by 6pm nak gerak for our dinner. Di sini malam awal. 5pm dah macam 8pm di KL. Tapi kami berjaya pujuk our tour guide bawa kami singgah di Hard Rock Cafe Budapest. Dekat jer dari our hotel, tapi kalau pergi sendiri takut sesat since masa singkat. Kali ni our tour guide namanya David. Sporting & best, lebih kurang macam our tour guide for London & Paris trip. hehe. Dalam masa tak sampai 1 hour berjaya borong almost 20 t-shirt HRC. Ni kawan-kawan pesan & of course for us :)
Btw, ieja suka rekaan their building. Nampak classic & unik. Suasana pun lapang jer coz di Budapest tak sesak macam di tempat Europe lain, seperti Paris, Rome or even Vienna. So rasa tenang jer nak jalan-jalan kan.
Tak crowded kan :) |
Erk, nak beli apa tu? Hanya lakonan semata. Nanti ada yang cakap my hubby makan yang tak halal hehe |
So after Hard Rock Cafe, terus balik hotel for check in. Then after rest about an hour kami turun for a walk. Masa ni baru 5pm. Nampak gelap kan. Hilton Budapest ni best. Hotel luas & sebelah shopping mall. That mall boleh tahan besar macam Midvalley. This hotel juga betul-betul tengah town. Alhamdulilah setiap kali trip, company always beri yang terbaik. 5 start hotel with 5 star treatment. All this for free. Just perlukan effort sahaja. Pernah ke Europe sendiri, itupun kami stay di apartment biasa jer cost about RM700 per night. Kalau hotel 5 star lagi la kan.
Our spacious room |
For malam pula kami di bawa ke kampung kebudayaan. Jalan nak masuk ke kawasan restaurant ni kecil, bas tak boleh masuk. So untuk sampai ke kawasan ni kami jalan kaki about 10 minutes. Kalau Malaysia mesti bangunan lama tu dah kena roboh & buat jalan ;) How they sayang their heritage. Kita di Malaysia pun patut jaga bangunan tinggalan zaman dulu.
So our first night, kami makan makanan orang Hungarian. Grilled fish, salad, soup & their pie (lupa nama dah huhu). Of course tak sesedap Malaysian food, but at least dapat rasa their local food. Dalam hati balik hotel nak masak maggie. haha. Sambil makan kami di hiburkan dengan persembahan orang Hungarian, dari nyanyian to tarian. Uncle ni siap boleh nyanyi lagu Rasa Sayang tau. Hebat!
That's all for our first day. Seronok! First day tak pack sangat coz bagi ruang kami berehat. Memang after sampai jer hotel, terus terlelap. Will continue later on our Day 2. Masih lagi di Budapest.
Stay tune!

012-497 2602
or
shaliza_82@yahoo.com
or
shaliza_82@yahoo.com
Post Comment
Post a Comment