5 Cara Untuk Jimat di Bazar Ramadhan

Friday, 19 June 2015

Assalamualaikum & salam sejahtera semua,

Now dah masuk bulan Ramadhan, yang paling famous mesti la bazar Ramadhan kan. Kena pula yang bekerja kadang-kadang tak sempat nak masak. Kalau yang masak pun mesti nak juga ke bazar Ramadhan kan. So ieja nak share tips or cara macam mana anda nak jimat di bazar Ramadhan.


Kartun ni by Faizan Zainal. Kita macam ni kan? hehe

1. Bawa duit cukup-cukup sahaja

Contohlah hari ni dah masak lauk, so plan hanya nak beli 1 lauk tambahan & 2 jenis kuih, then buat bajet terus agak-agak berapa RM yang cukup. Contohnya RM30. So bawa RM30 jer dalam poket. Jangan bawa wallet or purse. Nanti tengok itu ini semua pun nak beli. Ieja pernah jadi macam ni, end up habis RM100. huhu. Membazir!

2. Plan nak beli apa sebelum ke bazar Ramadhan

Contoh macam di atas tadi. Dah plan nak beli 1 lauk & 2 kuih. So stick to your plan. Jangan biarkan anda tambah pulak. If rasa nak sangat beli yang tu, esok lusa kan ada lagi. Puasa kan sebulan, so yang lain-lain tu boleh plan di hari lain pula. Kalau beli banyak-banyak pun bukannya habis. Most of the food hanya tahan for berbuka. If simpan senang basi or rasa dah tak sedap. 

3. Tak perlu round bazar Ramadhan banyak kali

Kita selalu kan konon bila ke bazar Ramadhan nak pusing-pusing survey dulu. Masa datang cakap nak beli 2-3 jenis, sebab kita pusing 18x terus penuh tangan kita bawa plastik. hehe. So kalau nak jimat tak payah nak tawaf bazar Ramadhan tu banyak kali. 1-2 kali round cukup. Beli ikut apa yang uolss plan tadi. Dah habis terus balik. Tak payah nak jogging plak dalam bazar Ramadhan tu LOL.




4. Jangan datang bazar Ramadhan awal sangat. 

Kalau hari bekerja confim la uolss tak boleh nak datang awal sangat. Tapi kalau weekend tu start dari bazar Ramadhan bermula 3pm uolss dah tercongok di sana. hehe. Bahaya kalau datang awal sangat. Sebab uolss boleh tawaf bukan 18x jer, malah 100x pun sempat. Dah boleh tolong pakcik / makcik tu berniaga. hehe. Setiap kali tawaf / pusing mesti ada yang tersangkut. So nak elakkan nafsu melampaui batas, korang datang jer ngam-ngam. Contoh 5pm. Masa ni dah ramai orang, confirm banyak gerai kena queue panjang. So kalau uolss nak beli pun fikir banyak kali. Tengok-tengok dah 6pm, confirm la korang beli yang perlu jer. Sebab masa limited. Jimat duit!

5. Muhasabah diri 

Setiap kali nak beli banyak, cer tanya balik kenapa kita berpuasa. Penat tahan lapar tapi nafsu tak tahan. huhu. Or setiap kali nak belanja lebih tu cuba bayangkan kalau anak yatim or orang susah macam mana la dorang berbuka kan. So cukuplah kita makan untuk isi perut. Kalau kenyang sangat pun nanti lepas berbuka terus bersandar. Senak & sakit perut. Perut plak dah seharian kosong, suddenly kita isi macam-macam dah macam tong sampah pulak kan. Tu senang meragam. 

Then cer muhasabah diri, baju raya korang nanti tak ketat ke kalau makan banyak-banyak tu. hehe. If nak lebih insaf, kira lah kalori setiap apa korang beli tadi. Contohnya kalau diet 1000-1200 kalori sehari. Kalau dah habiskan masa berbuka, nanti sahur dah confirm-confirm terlajak kalori uolss. Tu ada yang masa bulan Ramadhan berat makin naik hehe. Kalau ada yang diet Atkins lagi la bahaya. Mana boleh makan kuih muih yang sedap-sedap tu hehe.




Itu sahaja tips dari ieja. Ni based on pengalaman sendiri. Dulu-dulu kalau ke bazar Ramadhan rasa macam nak beli semua. Tapi bukan habis pun. Lepas amalkan tips di atas so far tak ada la terlajak membeli. 

Thank you for reading my blog. If uolss ada tips or cara lain untuk jimat di Bazar Ramadhan boleh juga share dengan ieja. Kita bertukar-tukar pendapat. If uolss rasa this tips membantu, boleh la klik like / share to your FB.

Selamat mencuba :)




012-497 2602

or 


shaliza_82@yahoo.com

Post Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature