Hello!
Punya dah lama kan baru nak masuk cerita Day 3. Ni namanya penyakit bertangguh huhu. Dari sehari ke sehari nak share cerita tapi tak mulakan juga. Jangan tiru sikap iolss ni tau. Btw dah masuk hari ke-3 ni kurang sikit bergambar. Sebabnya aktiviti shopping!! Husband ntah ke mana, ieja ntah ke mana haha. Pastu balik Malaysia marah husband sebab kurang gambar iolss.
Ni gambar kira kalau kita di Malaysia ialah R&R. Otw to Vienna, singgah di sini for coffee & menunaikan hajat ;) View cantik so wajib ambil gambar kan.
So Day 3 ni kami dah check out from Hilton Hotel Budapest City & mula bergerak ke Vienna. Tak jauh pun dengan bas dalam 2 jam perjalanan sahaja. Masa check out ni 7am. Nampak dah cerah kan. Our first location & tempat paling di tunggu ialah Designer Outlet Parndorf. Bayangkan lebih 130 designer stores di sini. Tu yang hilang bawa haluan masing-masing both husband & wife hehe. Masa ni ieja spend lama di Ralph Lauren, giler murah their shirt. Tu yang borong sampai 5 helai for diri sendiri. Berbaloi-baloi sangat.
Next ke Prada, kali ni reward for my business partners Ain & Yong. For me just Prada key chain for my car key. Rate di sini pun okey. Masa kat situ tak rasa nak beli handbag, balik Malaysia teringat-ingat. Then yang paling banyak kami borong pen Swarovski for our TDC partners. Btw brand Swarovski memang berasal dari Vienna. So lain sikit feel bila beli di sini hehe. Husband pun sama, dia banyak borong baju for him & Fariz. Memang murah compare di KL.
Actually kami di Designer Outlet Parndorf lebih kurang dalam 5 jam tapi rasa macam tak cukup masa. Tu sampai lupa bergambar depan their main board di entrance. Lepas tu kami mula bergerak ke hotel untuk check in. Our hotel di Vienna ialah Austria Trend Hotel Savoyen Vienna. Hotel ni terletak dalam town jer, so nak ke mana-mana actually dekat. Bilik di hotel ni juga lebih luas dari Hilton Budapest City. Btw kalau di oversea jarang 5 star hotel bilik luas. Kalau luas confirm mahal. For us beruntung sangat sebab semua ni FREE. If tak buat business dengan Sahajidah Hai-O, ieja setakat bercuti dalam Malaysia jer :)
Sampai bilik baru terasa lapar & penat haha. Malam tu ieja memang just stay di bilik, husband keluar for coffee. Rasa rugi pulak tak join keluar. Setakat sempat bergambar depan hotel je. Konon kumpul tenaga for the next day.
Stay tune for our Day 4 trip, di Vienna pula. Thank you for reading my story, hope tak basi lagi hehe.

012-497 2602
or
shaliza_82@yahoo.com
or
shaliza_82@yahoo.com
Post Comment
Post a Comment