Special Entry For Fariz Eskandar

Friday, 10 July 2015


Semalam my monthly check up dengan Klinik Ibu & Anak. Currently ieja pergi both private & government hospital. Masa jumpa nurse semalam dia tanya, dah siap ke beli barang baby. Terkedu ieja dia tanya soalan tu. hehe. Sebabnya ieja & husband plan nak beli end of August. Bila nurse tanya soalan tu terasa macam lewat pulak kami buat preparation. So alamatnya after Raya ni kena start la shopping. Currently ieja now dalam 26 weeks dah. Due in October nanti. Sama bulan dengan Fariz, cantik perancangan Allah :) Boleh celebrate birthday sama nanti. Me and husband both sama bulan juga, but kami in February. 


Pic scan last week. Alhamdulillah baby makin membesar biarpun mama dia dah 2 months tak naik berat. 

Nanti nak shopping mesti macam blur. Kena beli semua baru. Barang-barang Fariz memang dah tak ada. Lama sangat gap. Ieja blur sebab dah lama tak beli barang baby. Nowadays macam-macam ada, sediakan duit jer. hehe. So tadi saja la buka wallet Fariz. Dah besar, dia dah ada own wallet. Tahu dia ada simpan gambar dia masa baby. Dulu-dulu tak ada hp canggih, maka tak banyak la gambar. Ni pun seingat ieja adik yang amik gambar guna camera dia. Nasib ada untuk buat kenangan. Saja tengok pic Fariz masa baby. Amik mood nak beli barang baby nanti. Excited pulak! 




Rasa cepat betul masa berlalu. Now Fariz pun dah 12 tahun. Fariz cakap hope adik dia nanti dahi luas macam dia. haha. Ape punya permintaan Fariz ni. Bila tanya kenapa, dia cakap dahi luas tu comel. Tengok la pic dia masa baby, seluas alam dahi tu. Ikut mama dia la. Orang cakap dahi luas ni akal panjang ;) I guess its true #angkatbakul. 

Ieja saja share gambar Fariz ni di blog ni. Mana tahu one day bila besar nanti Fariz akan jumpa this entry. Simpan dalam pc or thumbdrive maybe akan hilang. Physical pic pun anytime boleh hilang or rosak. Hope gambar ni dapat buat sebagai kenangan for him bila dah besar. If one day dia baca entry ni, mama & abah nak Fariz tahu we both love you. Even ada berapa adik pun nanti, Fariz still no 1 for us. Hope Fariz boleh jaga adik-adik dengan baik. 

So far sepanjang ieja pregnant ni, nampak sangat dia concern about baby dalam perut mama dia. Selalu tegur & tanya apa mama boleh makan or tak. Kelmarin ieja makan durian. Punya la dia risau. Apa lagi dia bebel cakap bahaya for baby. hehe. Cute! Even ieja jalan banyak pun dia dah risau. Siap pesan mama jangan kerja banyak sangat. Caring betul abang Fariz ni. 

Nasib ieja dah full time business. Tak payah risau stress kerja or kena stay up di office. Dulu-dulu ieja kan kerja di Bank. Stress jangan cakap, memanjang stress especially bab kerja banyak. haha. Ntah bila kerja tak banyak pun tak tau. Buat business ni as full time kerja dalam 4-6 jam sahaja sehari. Selebihnya just work at home. Mostly on the phone hehe. Bersyukur cukup rehat & minda pun lebih tenang. 


Last Ramadhan bertiga, next inshaAllah dah berempat. Pic masa shopping baju Raya Fariz last week. Baju pun ada price tag hehe.


Itu sahaja nak cerita :) Semoga ieja & baby sihat sampai bersalin. Uols doakan for ieja ye. Fariz pun dah tak sabar nak ada adik tu. Thanks sudi singgah blog ieja ni. Selamat berpuasa!





012-497 2602

or 

shaliza_82@yahoo.com


Post Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature