Trip to Bangkok Cancelled Due to Bomb Attack

Thursday, 20 August 2015

Suppose esok akan fly ke Bangkok selama 4 hari 3 malam dengan business partners & team. Tapi berita Isnin malam mengejutkan kami semua. Bangkok di bom! Bila dengar jer berita terus google, rupanya 10 min walking distance to our hotel. Pada mulanya cool lagi. Even the next morning pun Sahajidah Hai-O inform trip masih di teruskan. But bila masuk petang dapat lagi news yang ada another 2 tempat lagi di bom, tu dah start nervous. 







Bila tengok pula trend yang mereka bom memang target tourist attraction, lagi la risau. Since kami akan ke sana 800 orang usahawan Sahajidah Hai-O & their staff, bukan mudah nak manage if anything happen. So hari Selasa tu memang nervous. Apa ieja boleh buat get feedback from partners & team then share with company. 

Ieja pun ada contact my roomate masa MRSM dulu di Bangkok, Wan Nor Farhana. Ana di Bangkok follow husband yang bekerja di sana. Dia pun banyak share update dengan ieja. Biarpun dalam keadaan macam ni, Ana cakap sekolah di buka macam biasa. Cuma mereka stay di rumah sahaja, kurangkan keluar.


Our itinerary. Now tinggal kenangan. Our hotel about 10 min walking distance to Ratchaprasong intersection (1st bomb attack).

Alhamdulillah, Rabu pagi dapat news from company yang trip kami di batalkan. So officially our trip to Bangkok has been cancelled due to the bomb attack. First time jadi macam ni. Lega dapat news ni. Tengah drive nak ke appointment masa tu, dapat this update terus inform team. Mereka pun tengah risau. Biarpun most of us now dalam mood holiday, tapi kami redha. Yang bekerja dah ambil cuti, kami pulak dah plan macam-macam bila sampai sana. Dalam group whatssap pun setiap hari siap counting days nak ke sana.Punyalah excited kan.


Surat from company


Benda macam ni di luar kawalan kita. Jika kami pergi pun tak tenang, coz we never know if there are still a bomb attack. Maybe for now senyap, mana tau tiba-tiba jadi lagi. Masa dapat news from company rasa sebak juga coz tahu company tanggung kerugian yang banyak. Bayangkan for 800 people about RM2 mil burn kot. Dah last minute sangat. Apepun kami berterima kasih sebab company ambil berat tentang keselamatan kami.

Tak ada rezeki nak ke Bangkok, so now back to Osaka project. Lagipun ieja percaya company mesti ganti dengan something yang lebih baik. Kepada mangsa di Bangkok ieja ucapkan takziah kepada mereka, especially 5 rakyat Malaysia yang maut dalam kejadian tersebut. Kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. 


Our shirt for Bangkok trip. Nampaknya pakai di KL jer la.



 

012-497 2602

or 


shaliza_82@yahoo.com





Post Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature