Our Newborn Baby: Muhammad Raziq Eskandar

Friday, 30 October 2015


Alhamdulillah, akhirnya yang di nanti tiba juga. Baru hari ni dapat nak update blog. Masih perlu adjust masa dengan rutin berpantang & baby :) Dah lama tak ada anak kecil, memang timing lari hehe. 

Tepat pada 13 October 2015 1220pm, ieja selamat melahirkan our newborn baby yang di beri nama Muhammad Raziq Eskandar. Raziq lahir dengan berat 3.30kg. InshaAllah after habis pantang akan ieja share gambar Raziq ye. Tengok dia sekarang ada iras muka husband, mata sepet hehe. 

Actually ieja masuk hospital a day before, Isnin (12 Oct 2015) lagi. Itupun after malam tu memang rasa restless sangat. Tak boleh nak tidur & rasa kerap sakit (every 1-2 hours). Even on that Monday masih boleh drive pergi ke farmasi beli barang sikit. Tapi masa drive tu siap text husband minta dia balik dari kerja. Then decided after ambil Fariz di sekolah terus ke Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah. Sampai di sana midwife check dia cakap bukaan baru 2cm. Jadi dia bagi pilihan untuk ieja masuk wad hari tu or tunggu ieja betul-betul sakit. Since ieja preggy jarak jauh,12 tahun, jadi tak berani ambil risiko kalau bermalam di rumah. So petang tu after ambil barang-barang masuk wad terus.

Bermulalah saat-saat nervous hehe. Nanti ieja share pengalaman ieja di labour room ye. Dengan advise dari doctor & kawan-kawan rasanya proses kelahiran kali ni lebih mudah dari jangkaan ieja. Syukur sangat. Sakit bersalin tu wajiblah ada cuma tak seteruk yang ieja risaukan hehe. Thanks to my husband yang sentiasa ada di sisi sepanjang proses nak bersalin. Ada sumber kekuatan :) Btw dulu masa bersalinkan Fariz memang ada fobia untuk bersalin lagi. Hope dengan berkongsi pengalaman nanti kawan-kawan dapat manfaatnya. 

Now menghitung hari berpantang. Rasa lama betul 44 hari tu. Nangis tengok calendar huhu. Hope cepatlah habis pantang ni. Until the next entry. Bye :)












012-497 2602

or 


shaliza_82@yahoo.com
Post Comment
sitirohaida said...

tahniah...mesti cute baby!!

Auto Post Signature

Auto Post  Signature