Antara award yang paling di tunggu setiap tahun ialah Diamond Night. Kalau ikutkan dalam Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM) ni ada 3 award.
- SM/SSM Award
- Diamond Night
- Majlis Ulang Tahun (MUT)
Selain dari tak sabar nak raikan business partners yang naik pentas ni, of course la tak sabar nak melaram. Memang perempuan suka cantik-cantik kan. Boleh la bergambar sakan since nanti ieja bawa photographer sama. Alhamdulillah this year from The Diamond Circle (TDC) team ada 7 qualifiers, 2 new Double Diamond Manager & 5 new Diamond Sales Manager. Semuanya dari pelbagai background, umur & lokasi. Nanti selepas hari anugerah ieja akan share cerita di sebalik kejayaan mereka. Mesti follow blog ieja tau :)
Sesi throwback Diamond Night 2012, 2013, 2014 & 2015.
Diamond Night 2012
Masa ni ieja naik pentas for Diamond Sales Manager (DSM) & Car Fund. Selain ieja, masa ni naik pentas DSM dengan Yong sekali. Baju merah ni among my favorite from Rizman Ruzaini.
Diamond Night 2013
Masa ni ieja naik pentas for Double Diamond Manager (DDM). Alhamdulillah, TDC team pun makin berkembang. Masa ni 4 orang TDC naik pentas including now CDM Norain. Kawan sekolah dulu (MRSM Jasin). Baju by Rizman Ruzaini juga. Kali ni pink + black. Tak lupa juga suami kesayangan pun naik pentas masa ni.
Diamond Night 2014
Masa ni ieja tak naik pentas dah hehe. Dah habis award ;) So raikan dalam 8 orang TDC partners yang naik pentas. Antara tahun yang havoc. Selalunya pakai dress, kali ni tukar sikit pakai ala blazer by Ashraff Zainal. Now kena alter this blazer, dah longgar sangat hehe.
Diamond Night 2015
Tahun 2015 ni pula, ieja tengah pregnant. Tak salah ieja masa ni about 4 months++. Tu muka kembang sangat hehe. 2015 from TDC team kita ada 5 orang yang naik pentas. Tahniah partners. This lovely dress by Ashraff Zainal.
So for 2016 inshaAllah lagi havoc. Ramai business partners nak turun KL raikan their leaders & our TDC team. Baru perasan 2 tahun baju with Rizman Ruzaini, 2 tahun with Ashraff Zainal & this year back to Rizman Ruzaini. Tak sabar nak tengok my new dress. To partners nanti datang majlis jangan lupa pakai Premium Beautiful tau, confirm makin cantik. Pakai apapun nampak ekslusif hehe.
Sebenarnya bila award day ni, kadang-kadang boleh jadi sebak tau. Especially masa nama di umumkan & masa nak naik pentas tu. Bukan apa, kebanyakan kita bila berjaya capai sesuatu ni selalunya mesti melalui cabaran. For me bila ada cabaran, kita akan belajar untuk mengatasinya. Dari situ akan buat kita lebih matang & lebih kuat dari segi mental. Never expect life to be so easy. Kita pun selalu cakap, lebih banyak kita di duga, tanda Allah sayang kita. Sama kalau kita buat business ni kalau rasa susah or ada cabaran, tu tanda business nak jadi lebih besar :)
Antara yang buat ieja sebak bila melihat perjalanan business rakan kongsi. Bayangkan ada yang dulu tak ada kereta, pergi appointment atau ke stokis naik motor, pinjam kereta saudara tapi hari ini memandu kereta sendiri. Kalau dulu yang gaji asyik negatif or gaji ratus-ratus sahaja, hari ni dah pegang income RM5,000-10,000 sebulan. Yang jeles tu, ada yang masih bekerja. Jadinya ada 2 income.
Yang paling terkesan di hati ieja kalau dulu muka selebet jer, tak yakin dengan diri sendiri hari ni muka cun melecun. Sebab bila confident level tu dah makin naik, terus cantik dari dalam. Lebih berani, lebih yakin. You all setuju tak? Ada juga yang dulu buat business as part time, now dah ada TIME FREEDOM as full time mumpreneur. Very proud with them. Memang follow & duplicate apa ieja buat & capai :)
So bila kita buat business ni ukuran kejayaan bukan sekadar wang ringgit. Tapi improvement diri kita juga. Ieja pun lalui yang sama. Tu seronok berbusiness bersama TDC. Antara sebab kenapa ieja mulakan TDC team ni dulu, kerana ieja tak nak rakan kongsi rasa buat business sorang-sorang. Risau di tinggalkan leader. Bila ada team, inshaAllah ieja & TDC leaders will always with business partners.
So far dah lebih 4 tahun & setiap tahun without fail akan ada new achievers from TDC. Alhamdulillah. Memang our aim nak berjaya sama-sama. Dalam business ni konsep berjaya bersama. Bukan kayakan orang atas. Sebab tu kita boleh lihat muka-muka baru naik pentas. Tu tanda naik pangkat dalam business & naik juga income mereka.
Yang teringin nak ubah kehidupan seperti TDC partners or nak belajar buat side income bersama ieja & TDC, boleh whatssap ieja 012-4972602. Mana tahu next year you all pula naik pentas.
Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama. A little step maybe the beginning of a great journey. Jangan risau nak bermula :)
Itu sahaja cerita untuk hari ni. Stay tune for more update for Diamond Night 2016 :) Thanks baca cerita ieja ini ..

012-497 2602
or
shaliza_82@yahoo.com
or
shaliza_82@yahoo.com
Post Comment
Post a Comment