Assalamualaikum & hi kawan-kawan,
Lama ieja tak share tips untuk berjaya di blog. Sebenarnya banyak cerita nak share tapi nak menulis asyik terbantut hehe. Hari ni ieja share tips yang mudah tapi sangat berkesan.
Apa maksud beli impian?
Contoh ieja bagi diri sendiri. Bila ieja mulakan business ni, terus listkan impian yang nak capai. Contohnya ieja teringin sangat nak resign, ada masa sendiri but at the same time ada own income. Kedua, husband suka kereta & for us yang suka holiday ni, terfikir alangkah best kalau dapat upgrade kereta. Bukan kata Myvi tak selesa tapi kalau long distance penat juga. So letak impian nak pakai kereta BMW dalam masa setahun. So ni contoh ieja beli impian & letak di minda setiap masa. So apepun ieja buat akan menjurus ke arah impian ni tadi. Kalau rasa penat berusaha, bayangkan betapa bestnya kalau capai impian tadi. Jadinya kita akan kekal FOKUS.
![]() |
Gambar 3 tahun lepas, sehari sebelum Ramadhan. Masa ni masih bekerja di HSBC. Happy kemain dapat capai impian masa ni. |
Kita kadang takut nak pasang impian. Tu kena cuba buat. Beli impian tak perlu guna duit, free jer. Apa nak risau hehe. Impian ni umpama doa, makin selalu fikir makin dekat di hati. Makin selalu juga kita sampaikan padaNya (sebut di dalam doa). Bila dah selalu berdoa & sebut makin lama makin dekatlah kita kepada impian kita.
Jadi pada kawan-kawan yang rasa nak ada perubahan hidup seperti apa kita impikan, kena beli impian tu dulu. Be firm with what we want. Macam contoh dalam platform business yang ieja buat ni, memang dah ramai capai impian. Kita pun capai impian by stages, bukan la umpama skim cepat kaya. Cepat sangat kaya, cepat juga jatuh. Ieja percaya kepada long term usaha + hasil. Kalau lah bukti kejayaan ramai di depan kita, kenapa perlu takut kan. Zaman 2016 ni memang kena berani ke depan. Lagipun seronok bila hidup kita kita yang control. Contoh nak kerja, masa flexible. Nak berbelanja, tak perlu risau poket menipis. Nak holiday dengan anak-anak & family pun boleh. Kiranya semuanya boleh.
Ni dah masuk April kan, dah 4 bulan tahun 2016 berlalu. Hari tu awal tahun confirm ramai pasang azam. Cuba review sekarang azam tu dah capai berapa %. Masih ada masa lagi untuk kita kejar impian kita. Yang masih tercari-cari platform untuk ubah kehidupan tu boleh whatssap ieja. Kita buat sama-sama as a team. Jadinya lebih mudah untuk kita capai impian kita tu.
Contohnya this year, one of my business partner Norain dari seorang engineer sekarang dah jadi full time mumpreneur dengan income 5 angka sebulan. Kak Azza, dulu banker now dah jadi full time juga dengan income sebulan RM3000-5000 sebulan. Soon bakal beli rumah baru dengan hasil berniaga bersama TDC. Seronok tengok mereka berdua ni dapat uruskan anak sekolah sendiri di samping berniaga secara online.
![]() |
With Ain & husband, yang dulunya my ex-schoolmate. Tak sabar nak tunggu kuda hitam Ain, semakin hari semakin dekat. Well done Ain! |
![]() |
Kak Azza Amri with husband. Dulunya banker di RHB Bank. |
Contoh lain macam Aini, this year from kereta Wira dapat upgrade ke Honda City. Juga hasil berniaga secara part time. Masih lagi bekerja sebagai engineer di JKR. Last year Aini dah belikan dulu kereta baru Toyota buat ibunya. Kalau hanya bekerja sahaja, mana mungkin dapat tampung bayaran bulanan 2 kereta. Selepas 2 tahun berniaga semakin menampakkan hasil. Ini memang business yang long term.
![]() |
Cik engineer Hasnaliza Aini yang kumpulan niaga semakin berkembang. Tahniah! |
Macam Wani pula masih baru dalam business ini. Tak sampai setahun pun lagi. One of her impian nak dapatkan side income untuk setelkan hutang / loan. Rasanya kalau yang bekerja tak sah tak ada loan kan. Kadang gaji bersih tinggal ciput jer sebab dah tolak banyak komitmen. Ieja pun dulu macam tu, tu yang nekad nak ada side income. Alhamdulillah after 4 bulan berniaga bersama TDC, Wani berjaya capai impian nak ada side income sebulan min RM2000++. Dapat buat savings & tak perlu risau gaji bersih yang tinggal sedikit. Next her impian nak sampai ke Beijing. InshaAllah sikit jer lagi nak jadi kenyataan.
![]() |
Wanie Zaaba, another contoh usahawan online part time |
Another contoh terdekat semestinya ahli keluarga sendiri iaitu Yong. Yong ni anak buah to my husband. Bermula berniaga di usia muda, baru 24 tahun masa tu. Dari tak ada kereta kini dapat drive kereta impian beliau, Honda City. Semuanya hasil berniaga bersama TDC. Another impian beliau yang dah tercapai selepas berniaga ni melancong. Dah almost 10 negara juga. Income 5 angka pun biasa dapat juga. Biarpun dulu income Yong hanya dalam RM700, tu tak halang untuk dia beli impian yang lebih besar.
![]() |
Rakan kongsi, kawan & family, Ain Zulkarnaind @ Yong. InshaAllah akan kami terus bersama kejar impian + bantu team sampai berjaya. |
InshaAllah this year lebih ramai impian business partner akan jadi kenyataan. Ada yang target nak resign, ada yang target nak simpan duit kahwin, ada yang target nak keluar kereta mewah & macam-macam lagi. Seronok plak beli impian ni. Free jer kan. Kita buat sama-sama, sama-sama dapat merasa. Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama. Share your impian dengan ieja & sama-sama kita realisasikan bersama!
Jom kita mula beli impian. My next impian nak sangat income sebulan 6 angka. Lambat atau cepat bukan ukuran, yang pasti nak pastikan impian jadi kenyataan!

012-497 2602
or
shaliza_82@yahoo.com
or
shaliza_82@yahoo.com
Post Comment
Post a Comment