Hi & assalamualaikum semua,
Uolss sihat? How Ramadhan kali ini?
Macam ieja ni first Ramadhan dengan Raziq. Fariz kan dah besar, lupa dah macam mana keadaan berpuasa dengan baby. hehe. Hari tu nervous juga sebab ieja masih breastfeeding. So far okey, penat je risau hari tu hehe.
![]() |
The Songket Duck, Eid Duck |
Hari ni saja nak bercerita pasal Duck Battle semalam. Tak sangka ieja boleh terjebak sama. Actually perasan juga some of my friends yang pakai Duck Scarves ni. Masa tu terfikir apa yang best sampai ramai juga yang pakai. Harga pun boleh tahan mahal compare tu brand lain. Ieja bermula dengan their Limited Edition (LE) Mother's Day collection, rasa nak try pula kan. Nak tahu apa yang bestnya about Duck Scarves ni. Lagipun tengok ramai yang update di instagram, buat kita lagi terjebak hehe.
Since then bermula la episod kumpul Duck Scarves. Baru 2 bulan terjebak & semalam ada pula keluar their Limited Edition for Hari Raya. Tak plan pun nak ke sana. Sebab ada kawan & nak juga beli sehelai for diri sendiri, maka ieja pun join lah the Duck Battle. My first time ever. Bayangkan my friend tolong queue start 7am. Ieja dalam 8am baru sampai Bangsar Village. Biasalah nak kena hantar baby dulu ke rumah pengasuh. Nasib la Raziq okey je bangun awal. Selalunya ieja hantar baby above 10am.
![]() |
Tengok Raziq tu, cool je kan espc lubang hidung LOL |
Masa ieja sampai sana terkejut, tengok panjangnya queue. Ada yang bawa semua ahli family kot. Now baru faham apa yang duckies mention in Duck Scarves IG about Personal Shopper. Ada pro & contra for me. Sepanjang queue tu nervous juga, mana tau takut tak dapat. Nak tunggu Fashion Valet buka pun bak kata kawan macam tunggu azan maghrib. Berdebar hehe.
![]() |
Look at the crowd! Dalam 9am++ baru mereka susun kerusi, before that bersila ramai-ramai atas lantai |
After 3 hours++, around 10.15am they announced scarf dah habis. Yang tinggal hanya twilly sahaja. Nak nangis kan. Puas tunggu. Terus text my PS, Nini. Actually memang ieja pesan pada dia awalnya. Tapi nak juga rasa bahang battle tu. Dia pula queue up di BSC. Dia cakap sana ada lagi. Terus lah ke BSC. Queue pun tak la sepanjang di Bangsar Village (BV) tadi. Bila dapat no, lega sangat. Maksudnya adalah stock untuk ieja. Dah alang-alang queue panjang, terus beli 4. Geram kan! haha. Ieja tengok yang lain pun macam tu.
![]() |
Menunggu dengan penuh sabar |
![]() |
Happy faces! |
Alhamdulillah dapat juga yang ieja nak. Dari aim nak beli sehelai, ieja simpan 2 helai lah. I keep green & lavender. Sayang pulak nak let go yang brown & turquoise. Tapi bila fikir baru borong their plain Duck last week. Kena la tahan nafsu. So yang lebih tu ieja jual balik. 1 komen jer di IG Duck Scarves, punya la ramai yang DM ieja semalam. Memang ramai their followers. Salute to Vivy Yusof!
Sekian my pengalaman for Duck Battle. Next time boleh la join queue lagi hehe. Puas sebab dapat beli sendiri. Kalau dalam online semalam memang tak dapatlah. To others Duckies, salam perkenalan dari ieja. Saya budak baru belajar, kalau ada previous LE yang nak let go silalah pm ieja ye hehe. Cantik!

012-497 2602
or
shaliza_82@yahoo.com
or
shaliza_82@yahoo.com
Post Comment
Post a Comment