Sekarang FB ada share gambar kita from previous year kan. Macam hari ni, FB share gambar masa ieja buat my first group discussion dengan business partners. That was 4 years ago. Betul-betul mengimbau kenangan sungguh :) Ada yang masih bersama, ada yang tak dapat teruskan tapi hubungan sebagai kawan tetap masih sama. Yang masih berbusiness bersama hari ini mereka sangat berbeza. Apepun ieja nak ucapkan tahniah kerana SABAR dalam berusaha & percaya pada ieja as their team leader.
![]() |
Gambar 4 tahun lepas. Muka masing-masing suci dalam debu hehe, naif. |
Kalau dulu pada mereka impian nak ada side income 4-5 angka macam susah. Hari ini mereka antara yang setiap bulan without fail dapat side income yang besar. Kalau dulu kami semua buat business ni secara part time. Hari ini half of us, dah pun tukar kerjaya. Dah resign & berniaga secara full time. Masa kerja lebih flexible & income pun lebih dari dulu. Tapi masih ada yang bekerja, kerana business ni bukan ambil banyak masa. Mostly thru online.
Actually hari ni ieja nak berkongsi sedikit pandangan peribadi ieja. Ada yang risau bila berniaga ni rugi. Belum bermula apa-apa kita dah takut. Macam ieja dulu pun takut. Itu normal kita sebagai manusia. Tapi percayalah dalam apa jua bidang yang kita ceburi akan ada yang gagal & berjaya. Kita yang decide kita nak follow contoh yang mana. Bukan business MLM or SHOM ini sahaja. Business jual baju pun & even kalau business besar sekalipun. Tetap sama, kita yang decide jalan mana harus kita follow.
Ada juga yang anggap, kalau buat business SHOM ni boleh kaya dalam masa yang singkat. Jujurnya dengan business ini ieja merasa pegang income bulanan 5 angka dalam masa 4 bulan berniaga. Masa tu sebak sangat. Sebab dari hari pertama lagi ieja memang yakin boleh jadi. Ieja hanya follow contoh kejayaan lain dalam SHOM. Memang ramai yang dah dapat ubah kehidupan dalam masa yang singkat. Syarikat dah lebih 24 tahun di Malaysia, sekarang dah berkembang di Brunei, Singapore & Indonesia. Dah ramai jutawan juga SHOM lahirkan. Itu bukti kejayaan & juga sumber inspirasi kepada ieja.
Tapi ada juga yang awal berniaga dapat sikit. Rezeki pun tak sebanyak yang di sangka. Tapi teruskan sahaja. Sebab rezeki itu datang dari Allah. Kita hanya usaha, ada kala cepat ada kala lambat. Yang tak give up & terus move on, hari ini mereka dah capai apa yang mereka inginkan 3-4 tahun dulu. Sebenarnya paling lama untuk nampak hasil, 1-2 tahun. FOKUS! FOKUS! FOKUS! Mesti boleh.
Ieja bukan sekadar cakap sahaja, tapi based on pengalaman sendiri dalam melatih rakan kongsi. Yang betul-betul nak capai impian, ieja selalu ingatkan pada mereka supaya beri ieja masa & komitmen 1-2 tahun. Alhamdulillah, ramai yang business mereka semakin stabil. Income bulanan pun semakin besar. Zaman ekonomi tak berapa okey ni, side income sangat di perlukan & sangat membantu meringankan beban. Kejayaan rakan kongsi, impian ieja juga.
Bersama The Diamond Circle partners semasa majlis Diamond Night baru-baru ini |
Selain dari gambar throwback itu, yang buat ieja terkesan untuk menulis entry ini kerana cerita dari salah seorang rakan kongsi. Masa bersembang dengan one of my partner, dia share dapat feedback bila one of the husband ni perli si isteri. Dia cakap business ni merugikan. Dia tak nampak wife dia dapat bonus besar. Bila di selidik rupanya baru lagi mula berniaga. Ieja nak tanya, jika kita bekerja sekali pun, dapat ke dalam 2-3 bulan naik pangkat or naik gaji? Orang lain yang berniaga selain SHOM, adakah terus kaya dalam masa 2-3 bulan? Zawara hari ini nama brand muslimah yang gah. Berapa tahun mereka ambil untuk kukuhkan perniagaan?
Berniagalah apa sekali pun, ada yang ambil masa, ada yang sekejap dah dapat pulangan besar. Pandangan saya sendiri, business ni mudah. Kalau nak besar, mestilah follow cara tindakan yang dah berjaya dapat besar. Janganlah income nak besar, tapi bila si isteri tadi mohon keluar untuk belajar di halang. Keluar untuk berniaga juga di halang. Macam mana nak improve kan. Berilah sokongan kepada isteri, percayalah isteri mana tak nak berjaya. Bukan untuk bermewah, tapi zaman sekarang isteri juga perlu belajar berdikari. Prepare for worst or at least dapat bantu suami or beri sumbangan pada mak ayah sendiri.
Kebanyakan kita hari ini isteri keluar bekerja, tapi adakah kita tinggalkan tanggung jawab sebagai isteri dan ibu? Emak ieja & mak mertua juga dulu bekerja, tapi mereka tetap jalankan tanggungjawab sebagai isteri & ibu. Beri isteri anda sokongan, inshaAllah mereka tak lupa tanggungjawab.
Ieja tahu this entry agak sensitive. Tapi bukan niat ieja nak tunjuk pandai. Ieja pun masih banyak belajar. Sekadar nak buka minda kita supaya lebih positif. Jika kita positif, percayalah result juga lebih positif. Ieja pun bukan bagus sangat. Sebelum berniaga SHOM ni, ieja & husband dah buat macam-macam. Business sewa kereta pun pernah. Rugi banyak masa tu. Tapi kegagalan bukan bererti jalan mati. Belajar dari kesilapan & improve lagi.
Di bulan yang mulia ini, jom kita sama-sama biasakan diri berfikir positive. Semoga Ramadhan kali ini bawa perubahan pada diri kita semua. Jika ada yang terguris kata, maafkan ieja. Sekadar berkongsi pendapat sendiri. Ieja doakan apa pun yang anda buat dan usahakan, semoga berjaya & kaya di dunia akhirat. To my husband, Mohd Ridhuan bin Che Rus & our families, thanks sebab support & selalu bagi galakan untuk ieja.
![]() |
With my husband & my supporter |
Selamat berpuasa.

012-497 2602
or
shaliza_82@yahoo.com
or
shaliza_82@yahoo.com
Note: SHOM (Sahajidah Hai-O Marketing)
Post Comment
Great Entry CDM!
Agree with u. Kena ada ilmu dalam apa saja bidang atau perniagaan kita sekalipun, dan bila dah ada ilmu, wajib follow dan FOKUS 100%.
Wani berbangga berada dibawah CDM
TQ Wanie. Teruskan sampai ke puncak ye.
Post a Comment