Ya Allah! Cepatnya masa berlalu. Dah masuk August pun. July lansung tak sempat nak update blog. huhu. Actually hari tu Raziq tak sihat. Mula dengan batuk-batuk. Lepas a few days, selepas baik batuk dia demam pula. First time dia demam sampai suhu 40 celcius. Memang kami nervous sebab belum pernah lagi macam ni. Almost seminggu juga admitted. Rasanya lama betul ieja cuti. Nasiblah business di hujung jari. Lepas cuti raya cuti anak tak sihat pula. My husband siap cakap tak boleh bayangkan kalau ieja masih berkerja. Susah nak cuti lama. Kena pula Raziq masa tak sihat tu memang nak melekat dengan ieja.
![]() |
Bangun jer pagi, dah minta bawak dia jalan-jalan |
![]() |
Erk! Pandang siapa macam tu Raziq? haha |
Alhamdulillah, masuk August ni dia pun dah sihat. How was your July?
Actually July ni macam-macam juga berlaku. From Raya - Cameron trip with buddies - Melaka trip - Bengkel TDC Power.
This year Raya di Raub dulu & then balik ke Kedah. Since ada orang baru this year, kami excited ambil gambar family di kedai. Family Raub punya gambar belum dapat. Kira this year baru dapat melaram pakai baju raya hehe. Last year tengah sarat, semua baju nampak tak cantik.
![]() |
Semua muka sempoi, Raziq je muka serius hehe |
![]() |
My adik-adik yang kepala senget. Semua perempuan :) Yup, Im the eldest sister. |
Then balik KL ada Raya celebration with company SHOM pula.
Selain berRaya, tempat wajib datang ialah Cameron Highlands hehe. Sampai 2x pergi last month. Dengan family mertua & kawan-kawan TDC. With family kali ni stay di Strawberry Park, memang best. Apartment luas & sejuk compare to hotel lain. Kawasan resort pun cantik, jadi petang tu dapatlah jalan-jalan tolak stroller haha. Waktu malam sejuk tau, even masa dalam apartment mengigil.
Dengan kawan-kawan TDC stay di Century Pines Resort. Both memang recommended. Hotel selesa, luas & bersih. Some of hotel kadang carpet bau kepam haha. Lagipun depan hotel ada taman for kids. So lepas breakfast or waktu petang boleh bawa dorang turun main.
![]() |
Husband-husband yang control macho hehe. Semua tak nak turun masuk air, sekali anak-anak tarik dorang. Eh lupa nak cakap ni di Lata Iskandar. |
![]() |
Dinner di tempat baru, Restoran Abang & Keluarga. About 5 min from our hotel. Ada buffet steamboat & grill. Harga pun murah. |
Tak lupa juga bawa Fariz melawat nenek Kalsom di Kuala Sungai Baru, Melaka. Sambil tu dapat Fariz ziarah kubur arwah ayah dia. Hmmm, masa di kubur dia siap cakap mama tunggu jauh sikit sekejap ye. Fariz nak cakap dengan papa. Sayu pula ieja masa tu. Bila ieja datang dekat, mata dia merah. Ieja tahu dia tahan air mata. Kami tinggalkan dia semalaman di rumah nenek dia. Dapat lah dia spend masa dengan nenek som.
![]() |
Depan rumah nenek Kalsom |
In July juga, ada Star Trek Beyond premier launch. Since SHOM one of their main sponsor, maka dapatlah VIP invitation. Best movie ni. Biarpun ieja bukan their follower tapi still faham jalan cerita dorang. Pastu dah nama pergi dengan kawan-kawan, lagi la enjoy kan hehe. Btw congrats SHOM. Bukan sedikit investment dengan sponsor Star Trek Beyond ni. Memang langkah rebranding Min Kaffe dengan agresif. Untunglah usahawan SHOM. Company keluar duit, kita masuk duit hehe. Product dah makin femes, makin senanglah berniaga. Tu duit masuk. Betul tak?
Last but not least, our Bengkel TDC Power. This one ieja will share more about this later. Banyak sangat nak cerita hehe. Eh banyak juga yang berlaku in July kan. Bagus juga ada blog ni. Bila ieja share di sini, senang nak refer in the future. Kadang rasa blog ni dah macam diary but open diary githu. Kalau uolss ada blog & nak kita follow each other, nanti komen-komenlah di post ieja. InshaAllah nanti ieja singgah di blog uolss pula.
To August, please be good to me ya. Banyak ni nak buat in August especially bila pakej melancong dah di buka. Mood fighters semakin membara! Until the next entry, thank you for reading my story.

012-497 2602
or
shaliza_82@yahoo.com
or
shaliza_82@yahoo.com
Post Comment
Post a Comment