I hate this feeling. Last time rasa perasaan macam ni masa arwah nenek meninggal. Ieja tak sempat tengok dia coz masa tu ieja masih dalam bas, otw balik ke Raub. Kali ini jadi lagi, apabila kehilangan seorang kawan.
Kadang-kadang berada di social media buat kita rasa dekat dengan mereka. Bila dapat berita mengejutkan ni, terus rasa terkilan kerana tak sempat jumpa buat kali terakhir. Buat kawan bernama Nani Mastura, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman. Masih teringat-ingat suara & cara percakapan dia. Lembut orangnya tapi sangat kuat semangat. Sangat kuat melawan sakit beliau, Myasthenia Gravis. Maafkan ieja Nani, tak sempat jumpa buat kali terakhir ...
Al-fatihah.
![]() |
Dalam kenangan ... |
Post Comment
Post a Comment