Friday, 6 January 2017

Family Trip Dec 2016 ~ Cameron Highlands



Assalamualaikum & hello,

Happy New Year to all kawan-kawan. So how was your 2016?

Pada ieja 2016 agak mencabar dari segi ekonomi. Tapi itu di luar kawalan kita kan. Nak tak nak kena hadap juga. For business pula Alhamdulillah banyak improvement for me & my team dari last year. Our company SHOM pun 2016 kemain agresif. Bagus for all usahawan SHOM. For family pula this 2016 banyak betul sesi holiday. Spend time masa bersama githu. Anak-anak pun alhamdulillah di beri kesihatan yang baik. Suami pun bertambah rezeki. Kira 2016 ni kami syukur & puas dengan apa yang kami capai & dapat.

As penutup 2016 ni kami akhiri dengan holiday with my family & family mertua. Start with my family to Cameron Highlands. Plan nak pergi tempat lain, tapi since adik tak dapat ikut (nak final exam), maka ayah pun kena teman dia di rumah. So kami decide yang dekat sikit dengan Raub. Cuma kalau pergi Cameron Highlands waktu cuti sekolah ni azab sikit. Nasib dah susun itinerary based on lokasi. 


Sampai jer apartment, makan dulu. Puas makan mama bawa bekal nasi tomato & ayam masak merah.

Kali ni kami sewa Parkland Apartment. Asalnya nak book Strawberry Park tapi yang 3 rooms dah habis. So Parkland is a good choice too. Ada 3 bilik & actually boleh muat for 8 orang. Ada 2 queen size bed & 4 single bed with 3 rooms. Sesuai untuk family kan. Nak masak-masak pun boleh. Dapur luas.


Ready to Big Red Strawberry
Dari Raub nak ke Cameron Highlands bukan jauh pun, tapi sebab jem lambat juga sampai apartment. Nak singgah Teh Bharat pun tak dapat, sebab hujan lebat. So sampai jer apartment terus makan & rehat dulu. Then dalam 4.30pm baru kami keluar ke Big Red Strawberry Farm. Tak jauh dari Parkland Apartment, dalam 3km jer rasanya. Dapat la makan scone with strawberry & waffle with jem strawberry. Sedap. 




Salad belakang tu segar-segar. Mama sempat beli salad & lobak putih yang baru je di petik. 
After Big Red Strawberry Farm niat nak singgah pasar malam. Tapi jem & parking tak ada. Maka terus keluar dinner. Malam tu kami makan steamboat di tempat biasa. Plan nak makan santai-santai, ada Raziq kena makan dengan cepat haha. Then balik apartment & rest. Ingatkan nak keluar tengah malam with husband & adik-adik. Tapi tertido pula. 


Check out time


Esoknya breakfast kami masak di apartment jer. So lepas check out terus ke Ladang Teh Boh Habu. Kalau nak ke Ladang Teh Boh Sungai Palas kena redah jem. Tu yang tak larat. So option kedua, Ladang Teh Boh Habu. Cantik juga. Siap boleh hiking naik ke puncak untuk bergambar. Cantik sangat view. 




Should try their carrot cake. Sedap sangat!

Depan their cafe. Belakang tu kilang buat teh.


Lepas minum kami naik bukit ni. Baru cantik bergambar. Tak tinggi sangat, tapi kalau pakai sandal or kasut yang selesa better. Ada tu pakai wedges rilex jer hehe.

Ni view puncak bukit tu. Cantik & berangin. Nak bergambar pun feel dia lain hehe. Sempatlah ber"ootd" Premium Beautiful. 

Turun dari ladang teh ni singgah beli sayur kat peti jalan. Nama tempat tak pasti, yang depan Lakehouse tu. Harga lebih kurang jer. Nak ke Kea Farm memang tak mampu nak redah jem. Tips nak jimat masa di Cameron Highlands, susun tempat yang nak pergi by location. Contoh macam kami dari atas ke bawah. So tak adalah berpusing-pusing kan. 

Fresh kan? Macam-macam ada.
Otw balik dari Cameron Highlands sempat singgah bergambar kat empangan ni. Last time kami lalu belum siap. Fariz cakap air hijau macam Emerald Pool (Krabi). Seram bila fikir dalam air tu. 




Balik dari Cameron Highlands, ke Johor pula dengan family mertua. Yang ini ieja akan share on next entry pula. Banyak juga nak cerita. Tunggu tau. To all kawan-kawan, ieja ucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga 2017 ni lebih baik dari last year. Thank you for reading my blog.







012-497 2602

or 


shaliza_82@yahoo.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...