Kemahuan vs Keperluan

Wednesday, 31 May 2017

Assalamualaikum & hi semua,

Hari ini ieja nak bercerita tentang diri ieja. Sebelum itu masih belum terlambat jika ieja nak ucapkan Selamat Berpuasa buat semua kawan-kawan muslim tak kira di mana anda berada. Dah masuk hari kelima kita berpuasa kan. Alhamdulillah. 

Ieja di lahirkan dalam keluarga yang biasa-biasa ajer, dalam erti lain bukan dari keluarga kaya or berada. Ieja ni anak sulung. Biarpun lahir di Kuala Lumpur, tapi masa kecik ieja banyak di besarkan di kampung tinggal dengan arwah nenek. Mama & papa masa tu bekerja di KL. Dah masuk darjah 6 baru pindah ke KL tinggal dengan mak ayah. Pernah juga bersekolah sekejap di KL sebelum tu tapi hanya tahan setahun, ieja ni jenis panjang langkah. Hehe, mama risau dia tak boleh monitor masa dia kerja. 

Bersama barisan Crown Diamond Manager (CDM) SHOM 

Tadi dalam scroll album dalam hp, jumpalah gambar ni. Teringat masa ni our company, Sahajidah Hai-O Marketing (SHOM) nak shooting video korporat yang baru. Masa company offer pada ieja peluang untuk join this video shooting, ieja tengah sarat pregnant dalam 7 bulan. Kalau kira-kira date masa mereka shooting ieja baru 14 hari berpantang. Bincang dengan husband then terus decide untuk terima offer tu. Peluang bukan datang selalu tau. Kadang hanya datang sekali, jadi ieja memang tak akan lepaskan peluang tu.

Link: https://www.youtube.com/watch?v=xFkFav-ZMXo



Behind the scene ;) From 8am to 7pm baru setel. Ingatkan senang rupanya susah juga. Pengalaman hehe.

Link: https://www.youtube.com/watch?v=n5F1Qoc1zXE




Masa pregnant 8 bulan, sempatlah makan keria ni sebelum bersalin. Rezeki ibu mengandung, biarpun dah habis mereka tetap bagi ieja sikit. Eh tak berapa sikitlah, dapat 10 biji. Rasanya ieja makan half hehe. 


A few hours before bersalin, tengah tahan sakit contraction ni hehe

Since then selalu cakap dengan baby dalam perut supaya kalau boleh bersalin la awal 2 minggu. Dapat mama dia berpantang lama sikit kan. Yang sebenar risau kalau tak sempat kuruskan badan sikit sebelum video shooting tu. Tengoklah gambar ieja sebelum bersalin, kembang betul huhu. Alhamdulillah ieja bersalin awal seminggu. 

So tiba pada hari kejadian, ieja masih berpantang hari yang ke 21. Memang ada orang cakap ieja "degil" sebab langgar pantang kan. Tapi degil ieja bersebab. Itulah post ieja di facebook tadi about degil. Baru perasan dari kecil memang degil tapi sebab kemahuan untuk ada & capai yang lebih baik. Contoh macam cerita ieja di bawah ni, bukan salah mak ayah if tak belikan apa ieja nak tu. Itu bukan keperluan. Tapi ieja sendiri ada kemahuan yang jelas untuk ada something extra. Untuk dapat, kenalah usaha sendiri. 





Siap berstokin tu. Nasib masa ni record suara jer, gambar stokin tak nampak hehe. Ni masa di studio kedua pada belah petang. 





With our SHOM's founder Mr Tan Kai Hee. Sangat adore dengan semangat & kejayaan beliau dalam bangunkan SHOM for us. 

Kalau perasan gambar atas ni ieja tak pakai stokin. Ni sesi pagi, record video. Since ada shooting visual, mestilah nak nampak cantik dalam video nanti. Jadi sarunglah sekejap heels. Kebetulan part ieja, memang ada videographer zoom kat kaki. Haha, nasib bukan berstokin sukan tadi. Habis shooting tukar kasut & sarung balik stokin. Alhamdulillah pakai Premium Beautiful cepat badan rasa cergas & dapat elak badan masuk angin. Balik jer rumah, malam tu ieja bertungku. Bukan sengaja nak mudaratkan badan. Tapi pada ieja ni peluang. 

Sama juga dalam hidup kita, adakala keperluan memang mencukupi tapi selalunya naluri kita ingin yang lebih baik. Dulu ieja & husband menyewa rumah flat, ada keinginan nak beli rumah sendiri pula. Dah dapat beli condo, teringin nak ada rumah landed pula. Kan bagus bila kemahuan itu tadi bantu motivate diri kita untuk jadi lebih baik. Ieja percaya kita semua di lahirkan hebat. Bukan di takdirkan untuk kita jadi biasa-biasa sahaja. 

Adakala apa kita nak tak dapat. Itu pun biasa juga. Ieja sendiri pernah lalui fasa gagal juga. Tapi ieja selalu pesan pada diri, gagal sekali or berapa kali sekalipun bukan bermakna gagal selamanya. Kadang dari kegagalan itulah kita bangkit jadi lebih baik & lebih kuat. Alhamdulillah, ieja jumpa jodoh sama perangai dengan ieja. Husband pun degil juga, degil dalam apa dia nak capai. Kemahuan kami sama, nak capai yang lebih baik untuk diri kami, anak-anak & keluarga. 

Di usia 35 tahun ini, ieja rasa bersyukur Allah beri ieja peluang untuk banyak belajar. Jika ieja & husband di lahirkan dalam suasana yang comfort dah tentu sikap kami sedikit manja. 

Thanks pada keluarga yang membesarkan kami. 

Thanks pada kegagalan yang kami pernah lalui. 

Thanks atas nikmat yang dah ieja & husband rasa. 

InshaAllah ieja nak capai lebih lagi, apetah lagi bila berada dalam SHOM ni sentiasa rasa panas bersemangat tengok kejayaan usahawan lain. Biarpun antara mereka dah jadi multi-millionaire, masih konsisten dalam usaha. Ieja yakin ieja & my team, The Diamond Circle dah berada di landasan yang betul. Our target nak jadi multi-millionaire juga. 

Cuma ieja minta Allah tak buat ieja & husband lupa diri. Orang selalu cakap risau kaya nanti lupa diri. Sedangkan dalam Islam pun galakkan kita kaya. Dapat bantu orang lain kan? Ada juga yang kufur sebab kesusahan. Jadi kita mohon yang baik-baik jer. Jangan biasakan diri kita fikir yang negative.

Semoga cerita ieja yang tak seberapa ini dapat beri anda inspirasi. Pegang pada kemahuan kita, percaya pada potensi diri. 

Siapapun diri kita hari ini or yang lepas tu tak sepenting masa depan kita. 

If you want something that you've never had, you've got to do something that you never done.

Selamat berpuasa & thanks for reading my story. 




Founder of The Diamond Circle team



012-497 2602

or 


shaliza_82@yahoo.com


Post Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature