Jalan-Jalan Cari Makan

Sunday, 1 October 2017


Hi semua,

I'm back to my normal routine, Raziq pun dah sihat.  Alhamdulillah. Nasib ada mak ayah bantu jaga sama. For past few weeks jadi kurang rehat sebab Raziq not feeling well. Budak-budak biasa senang berjangkit. 

Hari ni ieja nak share my Jalan-Jalan Cari Makan trip. As usual being Malaysian, kita banyak sangat tempat makan yang sedap-sedap. Especially kalau travel. Setiap negeri ada makanan yang special. Since last 2 months Ieja travel dalam Malaysia quite frequent. Jadi sambil business trip (jumpa business partners for coaching & Premium Beautiful clients), sambil makan hehe. 

Senibong Seafood Village, Johor Bahru

Ni wajib kalau ieja ke Johor. Lately ieja ke Johor Bahru every month, jadi rasanya almost every month singgah makan di sini. Last trip, Ieja bawa Wanie & Phel sama. Kebetulan mereka ada di JB sama. Dia kalau datang berdua tak larat nak makan banyak. If datang 4 orang ni lagi best, boleh ambil macam-macam hehe. Selalunya ieja akan ambil ketam masak sambal pecah telur, siput gonggong (yang mcm spiral tu) rebus halia & udang sambal (wajib for husband). For this trip ada tambahan sotong bakar bercili. Memang sedap & fresh seafood dia. 

Restoran pula mengadap Singapore, sambil makan dapat layan view yang cantik. If bawa anak-anak pun okey, sebab keadaan restoran yang bersih, selesa & besar. 


Senibong Seafood Village, Johor Bahru
Serius muka orang sebelah hehe


Senibong Seafood Village, Johor Bahru


Senibong Seafood Village, Johor Bahru

Senibong Seafood Village, Johor Bahru


Senibong Seafood Village, Johor Bahru


Mi Kolok Hj Salleh, Kuching 

Biarpun ke Kuching for day trip jer, sempat lagi tu JJCM. Sebenarnya dah lama ieja tak ke Kuching, ada lah dalam 6-7 tahun. Kali ni client yang bawa breakfast Mi Kolok Hj Salleh di Sepinang Sari Cafe, Jalan Satok Kuching. Seriously sedap sampai ieja teringat-ingat. Nasib segan kan dengan client, else minta tambah semangkuk haha. 


Mi Kolok Hj Salleh, Kuching


Mi Kolok Hj Salleh, Kuching
Inilah Restoran Sepinang Sari yang jual Mi Kolok Hj Salleh tu. Pic from www.vkeong.com
premium-beautiful-kuching
Thank you Wani bawa ieja makan Mi Kolok Hj Salleh tu & thanks juga sebab pilih kami as your Premium Beautiful consultant :)


Restoran New Holly Wood, Ipoh 

Yang ni pun my first time try. Itupun sebab selalu tengok kawan-kawan post gambar. Jadi teringin juga nak try kan. Kebetulan ieja ke Ipoh for TDC Expansion jadi dapatlah singgah for breakfast. Seriously memang ramai giler orang. Kena datang awal tau kalau nak dapat meja. Makanan dia murah. Tu boleh order banyak-banyak hehe. Bak kata Wanie, konsep dia order je semua untuk rasa. Next time dah tahu yang mana paling suka. Dalam hati aku, budak ni kuat makan tapi kecik. haha.


Restoran New Holly Wood, Ipoh

Restoran New Holly Wood, Ipoh
Wantan Mee

Restoran New Holly Wood, Ipoh
Ada Yong Tau Foo Goreng, Telur Goyang & paling sedap Chee Coy Fun Udang tu & Kopi Ais. Terangkat babe!

Restoran New Holly Wood, Ipoh
Keow Teow Goreng

Nasi Dalcha Pak Din, Jelutong, Penang

Kalau ke Penang memang akan jadi confuse nak makan mana. Sebab banyak sangat tempat makan sedap. So recently husband bawa tempat makan yang dekat dengan rumah lama dia (masa kecik-kecik dulu). Sedap lauk-lauk kat sini. Tak macam certain nasi kandar yang agak berminyak. Ni macam lauk kat rumah, simple tapi macam-macam ada. 

Masa nak bayar tu sembang dengan tauke dia, rupanya satu sekolah dengan husband dulu (SRK Jelutong Barat). Cuma bila dah besar ni, dorang tak cam muka masing-masing hehe. Dulu kan halus, skang lain bebenau. 


Nasi Dalcha Pak Din, Jelutong, Penang


Nasi Dalcha Pak Din, Jelutong, Penang

Next to Nasi Dalcha Pak Din ada cucur udang. Sedap. Mesti cuba tau. 


Nasi Dalcha Pak Din, Jelutong, Penang


Durian Balik Pulau, Penang

Yang ni tak tau nak cakap apa nama kedai dia. Uols kena cam muka uncle ni la kot hehe. Durian di Balik Pulau memang terbaik. Harga lebih kurang di KL. Malah KL kadang lagi mahal tapi rasa tak sedap. Dah kena beberapa kali. Unless Musang King, ni okey. Cuma memang mahal. 

Hari tu ieja makan durian "Hor Lor" & "Udang Kunyit". Hor Lor tu isi lebih tebal & manis, Udang Kunyit pulak manis - pahit (my mum suka macam ni) tapi sedikit nipis compare to Hor Lor. Both sedap but ieja suka lagi Hor Lor tu sebab dia gebu gebas & manis lemak-lemak gitu hehe. 


Durian Balik Pulau, Penang


Durian Balik Pulau, Penang


Durian Balik Pulau, Penang


Durian Balik Pulau, Penang


Seafood Kg Air, Kota Kinabalu, Sabah

Kalau ke Kota Kinabalu memang wajib makan seafood. Di sana lebih murah dari semenanjung & of course some of them tak ada di kedai seafood di semenanjung. Ada juga yang cara masak tak sama. Jadi mestilah cuba kan. Cuma di Kota Kinabalu memang kita tahu mostly kedai di sana milik chinese, cuma tukang masak orang kita. Terpulang pada masing-masing. Yang penting tak di masak dengan bahan-bahan yang haram. 

Di Kg Air ni yang bestnya tak ada berat minimum & cara masak pun pelbagai. Since kami malas nak amik Grab Car ke Gayang Seafood (30 min from KK) jadi kami decide makan di area hotel (Le Meridien Kota Kinabalu) jer. Jimat masa. Kalau jalan kaki dalam 10 min, kalau ambil Grab Car dalam RM3-4 sahaja. Memang dekat sangat.


Seafood Kg Air, Kota Kinabalu, Sabah
Oyster masak garlic

Seafood Kg Air, Kota Kinabalu, Sabah
Udang lipan masak telur masin, udang lipan ni mesti cuba. Rasa manis macam ketam tau. Seekor (kecik jer) RM30. 

Seafood Kg Air, Kota Kinabalu, Sabah
Scallop masak halia

Seafood Kg Air, Kota Kinabalu, Sabah
Ketam masak sambal pecah telur

Seafood Kg Air, Kota Kinabalu, Sabah
Udang masak Kam Heong

Giler besar kan tiram dia. Tengah nak ambil gambar dia bergerak & jari ieja tersepit, tu muka terkejut.

Udang lipan tadi. Dia letak dalam botol sebab tak nak bagi berlawan.



Itu jer setakat ni yang ieja nak share. Mana tau boleh bagi uols pula idea untuk Jalan-Jalan Cari Makan with family. Malaysian memang macam ni hehe. Agenda utama selalunya mesti makan-makan. 

Nanti uols share la sama di bahagian komen tempat mana pulak your favorite spot for JJCM. Boleh ieja pula try. 

Thanks sudi singgah blog ieja & selamat berhujung minggu. 





Founder of The Diamond Circle team




012-497 2602

or 


shaliza_82@yahoo.com
Post Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature