Travelog Shaliza Aziz - Gold Coast Day 2

Monday, 9 October 2017


Hi & assalamualaikum,

Hari ni nak sambung cerita Gold Coast trip. Dah sampai di Gold Coast (from Tangalooma Island) kami terus ke Harbour Town Gold Coast. Aktiviti shopping!!!! Pantang ada aktiviti shopping ni memang terus excited kan. Dapatlah borong baju Ralph Lauren for business appointments. Tak lupa juga untuk husband & anak-anak. Cuma yang tak syoknya Ralph Lauren kat sini mahal dari Europe. Masa Vienna trip kan, harga dia half dari sekarang huhu. Nak buat macam mana our currency exchange memang menggila.

Then memang dah aim nak beli jam. Kat sini jam murah juga. Dah dapat untuk diri sendiri baru misi untuk family pulak hehe. Pada ieja kita dah kerja keras kan, jadi jangan lupa belanja untuk diri sendiri. Baru nanti jadi lagi bersemangat. 

premium beautiful agent - gold coast, australia
Awak kat mana? Kita dah balik Msia haha


premium beautiful agent - gold coast, australia
Favorite shirt, Ralph Lauren. Suka jugak Burberry tapi sejak lebih 1k maka baik beli yang lain 


Sporting CDM James ni hehe. Tolong pilih baju untuk husband & tolong tgk kan size sama. Semoga terkena tempias aura jutawan SHOM ni pada ieja hehe.


Masuk kedai jam, ada sales. Maka terjebak membeli follow Olyn hehe


Dah penat shopping, baru rasa lapar. Maka kami makan kebab. SHOM bagi duit lunch AUD20, tapi ni baru AUD10. 


Hasil shopping in 2 hours. Itupun tempat tu besar & tak sempat nak survey satu-satu. Kalau lagi lama kat situ lagi bahaya.  

After aktiviti shopping, kami ke Skypoint Gold Coast untuk melihat permandangan Gold Coast dari atas menara. Bila tengok dari atas kan nampak kat Gold Coast ni banyak terusan. Cantik pula nampak. Tapi kan Menara KL pun tak naik lagi ni camner huhu.

premium beautiful agent - gold coast, australia
Belakang tu orang tengah queue untuk naik ke atas


premium beautiful agent - gold coast, australia
Cantik kan view from atas? Bila view di belakang cantik, kami terasa aura cantik tu sama haha (jangan muntah)


premium beautiful agent - gold coast, australia
Yang ni from another side, nampak kan belakang tu banyak terusan


Yang ni lagi jelas. Cantik view dari atas ni.

Dah puas jalan seharian, masa untuk balik ke bilik untuk rehat. Dah rehat & mandi, baru kami keluar for dinner. Kali ni tinggal di hotel yang sama, cuma nama hotel dah bertukar. Kami stay di Mantra On View Hotel, Surfers Paradise. Best tinggal di sini, semua benda just in walking distance. To Hard Rock Cafe in just 10 min. Kedai souvenir pun banyak area ni. Nak ke pantai 2 min jer hehe, sebab sebelah jer. Kalau nak ke pintu gerbang Surfers Paradise tu dalam 10 min jer. 


premium beautiful agent
Dalam banyak-banyak gambar, ni jer yang jadi. Yang lain xberapa cantik plak


OOTD premium beautiful agent
OOTD Premium Beautiful, keluar jogging sebab Olyn ajak. Sudahnya dia tak turun (overslept). Kalau dengan Yong memang posing jer la banyak.


Day 2 agak rilex. Malam tu kami sambung jalan-jalan area beach. Biarpun waktu malam tapi rasa selamat. Memang ramai tengah beriadah, ada yang jogging, ada yang picnic with kawan2 or family. Seronok juga sambil kena angin malam. Rasa tenang jer. Bestnya kalau rumah area ni. Tempat jogging & nak release stress dekat jer hehe. 

Itu jer aktiviti hari kedua. Nanti ieja sambung cerita di Dreamworld Gold Coast pula ye. 






Founder of The Diamond Circle team




012-497 2602

or 


shaliza_82@yahoo.com
Post Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature