Travelog Shaliza Aziz - TDC in Gold Coast

Thursday, 5 October 2017

Hi & assalamualaikum,

Uols dah tengok ke Kingsman - The Golden Circle? Nasib The Golden Circle, kami The Diamond Circle hehe. Semalam masa tengok Kingsman kan teringat pulak trip ke London. Masa first time pergi tu baru 2nd time ke Europe jadi tak tahu nak jalan sangat. InshAllah ada planning with husband nak pergi lagi. Maybe end of this year or early next year. Bila cakap pasal travel ni, rasanya kita semua memang suka kan travel. So hari ni ieja nak share about my recent trip to Gold Coast, Australia. 




Travel in August, tapi baru sekarang dapat mengarang di blog hehe. Trip kali ni bertiga jer since Ain tengah dalam pantang, maka husband dia pun tak dapat join sama. Dengan itu husband kita pun tak nak ikut sama haha. Maka jadi girls trip jer la kan. Ieja - Yong - Olyn. Kami from KLIA transit di Singapore since naik Singapore Airlines. Just nice, flight 6pm + transit di Singapore 2 jam, sampai di Brisbane Airport subuh. Jadi bersiap di Airport terus & kami bertolak ke jeti. 

Nak cakap pakai Premium Beautiful masa travel long hour ni sangat best. Tak adalah sakit pinggang. Macam ieja pilih pakai Premium Beautiful Elegance sebab fabric dia yang lembut tu,tak rasa macam pakai korset. Uols kena try.  


premium-beautiful-agent-brisbane-australia


premium-beautiful-agent-brisbane-australia
Muka baru lepas bersiap (tak mandi tu haha), cantik jer kan. Yang di belakang tu our tour guide yang sporting + handsome, Sam Yap

Our first day stay di Tangalooma Island. Kalau tengok pic di google memang cantik. Teruja betul nak sampai di sana. Perjalanan from jeti to pulau dalam 1 jam. Boleh duduk di dalam (air-cond) & boleh juga duduk di luar. Tapi angin kuat, sejuk & mengantok, maka kami just rest kat dalam feri sambil minum kopi panas. 


premium-beautiful-agent-tanglooma-island-australia
Di jeti, baru nak masuk feri


Sampai jer di Tangalooma Island, dah masuk waktu lunch. Btw, rasa bangga sangat bila sampai di resort ni, ada banner yang sambut kami usahawan SHOM. Mau tak, SHOM bawak 600++ usahawan dia ke sini. Masuk dalam a few of Australia news too. 


Source: https://www.pressreader.com/australia/business-events-news/20170817

Lepas lunch baru kami check in. Masuk jer bilik tengok view yang mengadap laut tu, rasa hilang penat travel seharian. Angin pun kuat & nyaman. Last time masa ke Gold Coast masa musim panas, jadi tak syok la sangat kan. hehe. Ni macam cuaca Cameron waktu pagi haha. Dalam 18-20 celcius. 


premium-beautiful-agent-tanglooma-island-australia
Giler cantik view kat sana, tu banyak la gambar. Uols jangan bosan ye. Dah view cantik + cuaca best, memang syok bergambar sakan.


premium-beautiful-agent-tanglooma-island-australia


View from our room. Best sangat. 


Petang pula mereka bawa kami ke sand dessert. Perjalanan memang agak bumpy, sebab tu orang pregnant tak di benarkan join. Duduk dalam bas tu macam naik roller coaster tau. Tapi driver cool giler, maka kami pun cool jugak lah haha. Kat sini pemandangan seluas mata memandang. Pasir plak halus betul. Selalu kalau pijak pasir petang-petang ni panas, lupa plak cuaca dorang sejuk. Sejuk jer, best jer pijak hehe. Then ada aktiviti sand boarding. Best giler. Cuma tak larat nak daki bukit pasir tu, kaki senang jerlus jadi penat jalan. Patut staff dorang ni body fit jer, kerap exercise.


premium-beautiful-agent-tanglooma-island-australia
Fit awek sebelah ieja tu. Dorang memang banyak bergerak & exercise.

Our bus members :)

premium-beautiful-agent-tanglooma-island-australia
Nampak tak yang puncak tu, sayup-sayup kan mata memandang. Puncak tu setinggi bangunan 4 tingkat, tapi sebab pasir halus. Penat nak daki




premium-beautiful-agent-tanglooma-island-australia
Gambar from their photographer.  AUD15 sekeping haha. Ni 2 pic berlainan. Tapi sanggup la beli kan for kenangan.

Dah habis sand boarding / surfing kami balik ke bilik. From sand dessert to our room dalam 20-30 min naik bas tadi. Tapi kami tak naik bilik, sayang la kan. Nak tengok sunset. Tak sempat nak snap gambar masa sunset tu. Cantik sangat view masa tu. 

Then next activity kami bagi dolphin makan. Dolphin kat sini jenis yang liar. Sayangnya masa tu ombak besar, jadi kami tak di benarkan bagi makan dari dalam air. So bagi dari atas jeti sahaja. Tapi dapat tengok secara live pun dah teruja. Banyak juga dolphin yang datang, boleh tahan besar juga. Yang special datang dengan SHOM, semua pakej company bayar yang premium. Jadi tak perlu queue lama untuk dapat turn. 



Minta orang ambilkan, kabur plak huhu. Jadi la dari tak ada kan haha

With our big boss including Mr Hew Von Kin, our Group CFO & Tan Sri Osman S Cassim, one of our Director in Hai-O. Mereka ni humble jer & boleh bergaul mesra dengan kami tanpa rasa gap status.

Esoknya lepas breakfast kami dah kena gerak ke Gold Coast. Breakfast pun best sambil makan dapat tengok view pantai di awal pagi. Lepas rehat & tido yang cukup, rasa fresh sangat. Ieja la tido cukup, kekakak 2 orang tu sembang sakan sampai tido 12am. Ieja tido 9.30pm haha. Dalam lampu terang + dorang berborak sakan, elok jer ieja tido dengan nyenyak. Owh lupa, malam tu kami bertiga tido sebilik. Kawan bilik Olyn dia tak join ke sini, jadi seram dia nak tido sorang hehe. Wajib tido awal sebab kami nak bangun bersiap 4am++ tau. Di sini pagi lebih cepat dari KL. Ni gambar 7am kot, cerah macam 9am. 

premium-beautiful-agent-tanglooma-island-australia


travelog-shaliza-aziz-tanglooma-island-australia


premium-beautiful-agent-travelog-shaliza-aziz-tanglooma-island-australia


travelog-shaliza-aziz-tanglooma-island-australia
Atas feri otw to Gold Coast. Kekakak 2 orang tu mabuk laut, jadi mereka rehat di dalam. Ieja suka layan angin kuat kat luar ni. 

So itulah cerita hari pertama kami. KL - Singpore - Brisbane - Tangalooma Island - Gold Coast. Eh 2 hari dah ni. Nanti ieja sambung cerita lagi ye. Tunggu next post for the next activity. Best sangat trip ke Tangalooma Island tu. Jauh perjalanan, luas pengalaman. Thanks SHOM realisasikan impian ieja & rakan kongsi untuk travel ke luar negara secara percuma. Jangan tak tau dengan pakai Premium Beautiful ni lah, kami bina & expend business. 

Thanks kawan-kawan sudi singgah baca blog ieja. Tunggu tau next entry pula :)





Founder of The Diamond Circle team




012-497 2602

or 


shaliza_82@yahoo.com


Post Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature