Setiap orang perjalanan hidup berbeza. Bertepatan tema Majlis Ulang Tahun SHOM yang ke 25, My Dream, My Story. Setiap dari kita mesti ada impian. Tak kisah la di mana kita hari ini. Hari ini ieja nak throwback kisah perjalanan business to my new Crown Diamond Manager Ain Zulkarnaind (Yong).
![]() |
Muka penuh kepuasan :) Bersusah-susah dahulu, senang kemudian. Bila berjaya atas usaha sendiri ni memang lain rasa kepuasan tu. |
Tujuan berkongsi cerita ini bukanlah nak buka aib sesiapa, cuma semoga dapat memberi inspirasi kepada yang membaca. Ieja tahu di luar sana ramai yang rasa nak berjaya tu seperti mustahil. Masa ieja mula berbusiness Premium Beautiful, tujuan hanya satu. Nak upgrade my financial level. Ketika itu ieja nampak banyak bukti usahawan SHOM ni yang berubah dari segi kehidupan dengan business ini.
Benda yang sama ieja nampak masa approach Yong. Masa tu Yong baru kehilangan kerja selepas Spa tempat Yong bekerja di tutup. Actually Yong tak sempat habis Diploma, masa baru beberapa bulan Yong masuk belajar, Yong di panggil balik oleh keluarga untuk bantu her aunties with their business. Jadi bila tiada pekerjaan tetap & tak dapat habiskan study, ketika itu Yong rasa rendah diri sangat dengan kawan-kawan sekeliling & orang lain.
Tapi demi nak bantu sara adik tuition, Yong cuba jadi agent jual product kecantikan melalui online. For your info, Yong kehilangan emak ketika kecil & di besarkan oleh nenek & her aunties. Jadi pada Yong, dia bertanggung jawab pada adik-adik beliau. Nak kerja dengan orang lain, Yong pada ketika itu tak berani. Ieja rasa kagum dengan semangat Yong & ieja nampak platform business SHOM ni sangat sesuai dengan Yong untuk ubah kehidupan dia. Sebab tu ieja share peluang business dengan Yong ketika itu.
Bermulalah episod Yong as Premium Beautiful agent. Biarpun rasa tak yakin, tak ada duit, tak ada pendidikan tinggi seperti orang lain, itu semua bukan penghalang. Kalau dulu Yong nak masuk KFC pun tak berani, risau sebab duit tak cukup. Yong cakap memang pernah pun order set tapi duit tak cukup, terpaksa order tanpa air baru cukup duit. Kalau ieja ajak ke KLCC or mana-mana mall or kedai baju, Yong memang rasa segan nak masuk & selalu rasa rendah diri. How keadaan kewangan seseorang sebenarnya sangat mempengaruhi tahap confident diri kita. Begitu juga Yong.
Tapi sebab kesusahan yang pernah dia alami itulah & melihat kejayaan her aunties, buat Yong berani bangkit. Apetah lagi business ni kami buat bersama. Bukan ieja biarkan dia buat seorang diri. Dari zero dia mula mencipta kejayaan di dalam business ini. Antara kejayaan yang banyak membantu meningkatkan income & confident diri Yong selepas beliau qualify trip melancong ke Vietnam. Bayangkan dari tak ada income tetap, now sampai melancong ke luar negara.
Hingga hari ini, dah lebih 10 buah negara yang Yong dah sampai termasuk London, Paris, Japan & banyak lagi. Bukan itu sahaja dari tak ada kenderaan, now ada kereta Honda City hasil dari business selepas 4 tahun bersama ieja & TDC. Bukan itu sahaja, Yong juga antara yang capai income 5 angka selepas beliau 2 tahun dalam business ini. Kalau uols jumpa Yong sekarang mesti nampak how confident & bersemangat beliau sekarang.
Mungkin ada yang nampak bila Yong dah senang seperti sekarang. Mungkin ada yang rasa sebab beliau anak buah ieja. Tapi ramai yang tak tahu suatu masa dulu Yong juga pernah lalui jalan hidup yang susah. Sama juga diri ieja. Sebagai anak buah tak ada pun beza kalau dia sendiri tak komited. Kita buat business serius nak ubah kehidupan kita. Nak baiki tahap kewangan supaya dapat bantu suami & berbakti pada keluarga. Semoga kisah hidup Yong dapat beri kekuatan untuk uols bersama.
![]() |
Congrats Yong!!! Kak Ieja bangga dengan pencapaian Yong. |
To Yong, kak ieja nak ucapkan terima kasih kerana beri kak ieja peluang untuk asah potensi diri Yong. Biarpun family pernah tak setuju Yong berbusiness dengan kak ieja, but today dengan bukti & kesungguhan Yong, family juga sumber kekuatan untuk Yong. Semoga kami bersama The Diamond Circle team dapat bantu lebih ramai kawan-kawan di luar sana upgrade kewangan & capai impian.
My Dream, My Story. Apepun impian anda, jika anda follow cara yang sama kami lalui mesti impian jadi kenyataan. Thanks to SHOM for the best business platform & always bagi kami product yang bagus. Thanks TDC partners for always being there for each other. Each of you the reason why TDC semakin hari semakin kuat & ke depan. Sayang korang semua.
![]() |
Tulang belakang TDC. Next year akan bertambah lagi Crown Diamond Manager in our team |
![]() |
Dari TDC kecik sehingga ke tahap sekarang, mereka always ada bersama ieja. Thanks Ain & Yong. |
![]() |
Bersama kita menuju Transformasi 2018. TDC Millionaire Mind! |
Post Comment
Post a Comment