TDC Takes Korea - Day 1

Thursday, 29 March 2018
Assalamualaikum & selamat petang.

Actually ieja nak share cerita about our Korea trip dari hari tu lagi, tapi asyik masuk dalam draft jer. Nak pilih gambar pun banyak sangat hehe. End up tergendala. Hopefully petang ni entry ni selamat di publish. 

Ini merupakan trip kedua ieja ke South Korea, cuma beza musim. Last time masa musim panas rasanya. Kali ni kami pergi masa musim sejuk, Winter. Previous trip biasa merasa winter di Europe & pernah juga rasa winter di Japan (Osaka, Kobe & Kyoto) 2 tahun lepas. For me setiap tempat mesti ada perbezaan. Sebelum fly dah google juga suhu di Korea, tengok dalam zero celcius. 


Baru di KLIA pun dah rasa excited hehe


Just landed at the Incheon Airport & we are ready to explore Seoul, Korea. TDC takes Korea gitew.

Sampai jer di Seoul, kami di bawa ke Seoul Sky di Lotte Mall. Last trip kami masuk ke dalam Lotte Theme Park. Kali ni kita naik their tower. Special kan kami, sampai jer ada greeting note. Ticket VIP plak tu, tak payah queue untuk naik ke atas. Sampai kat atas tu ada glass floor, semua lutut goyang. Nampak jer berani, sebenarnya ieja pun gayat. huhu.


With our geng bas H3. Group H ni merupakan group terakhir, total dekat 1000 usahawan SHOM ke Korea ni.





Nampak bandar Seoul. Sis cuba control muka gayat tu haha. Tu paling kanan paling gayat hehe. Sorry Kak Mas, nak upload gak pic ni hehe.
Travelling with bff gitew. Started as my business partner, now BFF. Bila kita selalu spend masa sama, lama-lama jadi rapat. 

Lepas lutut goyang, tiba masa untuk makan pula. Lunch mesti la Korean food, ambil mood first day di Korea. Lupa nama restaurant ni, yang penting sedap & ada halal certificate. Nak di jadikan cerita, our first day semua cun sangat. Dah biasa rasa winter, jadi rasanya dah cukup bersedia. Sekali after our lunch, hujan. Ieja pun tak bajet la suhu akan turun lagi. Rasanya zero tu pun dah sejuk sangat. After hujan tu, tour guide cakap suhu Korea maybe akan turun lagi. 





Lepas lunch, bergambar dulu. Masa ni baru nak hujan, suhu masa ni masih okey. Tu berani buka jacket, even long john pun sis belum pakai. 




Lepas makan, kami ke Gyeongbuk Palace, rasa pengalaman pakai baju tradisional orang Korea. Last time ke sini, tak sempat nak sewa baju. Kali ni syarikat, SHOM sangat prihatin. Mereka dah siap-siap sewakan untuk kami. Best sangat. Masa di istana ni la hujan start turun. Nasib masa mula-mula kami sampai macam renyai jer. Sempat lah bergambar sakan. Kena ada abam photographer Hafiz Atan, memang berposing jer la. hehe. Alhamdulillah kali ni ieja ada rezeki lebih, tu ieja decide nak bawak own photographer. Nak gambar cantik macam Che ta gitew. Jangan tanya sis berapa sis spend okeh for that.






Rasa cantik & ayu pulak pakai their baju tradisional. Jangan korang tak percaya, ni ada range usia 20an, 30an, 40an & 50an. Bila pakai Premium Beautiful semua jadi awet muda. Kena plak di oversea kan. 


As typical tourist especially from negara tak ada salji ni, mestilah excited bila dapat rasa sendiri salji turun. For me pun baru rasa 2x, last time masa London / Paris trip 5 tahun lepas. Tak semestinya masa winter ada salji tau. Kira ni rezeki lah jugak. Some of my partner memang ni pengalaman pertama mereka rasa salji turun. Seronok giler. Imagine masuk shopping mall hujan, keluar shopping mall salji. Biarpun sejuk giler, gigih berposing sakan di luar mall tu. 


Keluar from Shinsegae Mall terus nampak salji, cuma masa ni belum tebal.


Yang ni masa kami sampai di Grand Ambassador Seoul Hotel, salji lebih tebal. 

Malam tu pula, kami ada Gala Dinner. Ada local artist buat show, ada perkongsian CDM & ada lucky draw. Ieja memang tak berapa nak bertuah hehe. Tak pernah lagi menang lucky draw. Perkongsian CDM ni bagus, especially yang baru dalam business ni. Dapat dengar & belajar from pengalaman orang lain. Ieja pernah 2x berkongsi pengalaman, masa trip Vietnam (masa ni my first time ikut trip SHOM & belum CDM pun lagi) & masa Shanghai trip. 

Muka dah lapar ni hehe

With Darren, our tour guide masa London / Paris trip. Dalam banyak-banyak trip & tour guide, dia ni paling kami ingat sebab dia paling best & sporting. Dia memang jaga orang yang di bawa dalam bus tu. 




Sebenarnya ada tema for our dinner ni. Tapi fikir luggage penuh, jadi kami decide pakai something white / blue untuk ikur tema Winter Wonderland. Inilah rupa kami haha. 


Last pic, sebelum masuk bilik hotel & rest. Ni la entrance our hotel, Grand Ambassador Hotel, penginapan sepanjang kami di Korea.

Selesai Day 1, itupun panjang kan cerita. Masa untuk kami rest pula. Nanti ieja sambung untuk hari yang seterusnya. Setiap trip mesti ada pengalaman baru biarpun tempat yang sama. Jangan lupa, stay tune for next entry tau. Thanks sudi singgah baca blog ieja. 


Post Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature