My Next Travelogue - Swiss & Paris

Wednesday, 18 July 2018
Hi & assalamualaikum,

Lama tak bercerita di blog. Hari ni Ija nak share itinerary for my next travelogue to Swiss (Switzerland) & Paris. Ija akan fly 13 August ni, kira ada lagi sebulan. Tapi excited tu dah terasa. Dah start fikir nak pakai baju apa, barang apa nak bawa hehe. Last week company dah share our itinerary, so let me share here.

Day 1KLIA - Abu Dhabi - Zurich Airport

Day 2Zurich - Schaffhausen - Titisee - Zurich 

Setelah tiba di Zurich, rombongan akan di bawa ke Schaffhausen, bandar bersejarah di utara Switzerland. Perjalanan akan melalui Rhine Falls, air terjun terbesar dan terkenal di Eropah dengan ketinggian mencapai 23 meter & lebar 150 meter.

Schaffhausen

Rhine Falls

Rhine Falls


Seterusnya, rombongan akan menyusuri Black Forest, banjaran gunung di barat daya Germany yang bersempadan dengan Lembah Rhine, melewati perbandaran Titisee yang terkenal dengan tasik semulajadi yang berasal dari glasier. Black Forest juga terkenal dengan pembuatan Cuckoo Clock.   

Cuckoo Clock Museum

Black Forest town

Titisee

Selepas itu, kami akan kembali bermalam di Dorint Hotel, Zurich. Masa untuk rehatkan badan pula. 

Dorint Hotel, Zurich


Day 3Zurich - Engelberg - Lucerne - Zurich 

Rombongan bertolak ke perkampungan Engelberg untuk menaiki kereta kabel ke puncak Gunung Titlis (Mount Titlis) yang berketinggian 10,000 kaki dari paras laut. Hari tu tour guide cakap, kereta kabel tu boleh berpusing 360 degrees, so kita boleh tengok pemandangan di sekeliling tanpa telengkan kepala. hehe. Semasa di puncak, peserta dapat menikmati pemandangan Swiss Alps yang menakjubkan. Yang ni jangan lupa pula bawa jacket & glove yang sesuai. Dah confirm sejuk giler. 

Engelberg, Swiss 


On top of Mount Titlis. Membayangkan nanti nak pose camne hehe. 


Kereta kabel ni boleh pusing 360 degrees. So sambil naik ke atas puncak dapat tengok pemandangan sekeliling. Tak sabarnya!!


Seterusnya, rombongan akan di bawa bersiar-siar di bandar Lucerne, termasuklah lawatan ke Lion Monument, patung batu berukir yang mengagumkan. Kemudian rombangan akan di bawa menyusuri Chapel Bridge & membeli belah di Bhucherer yang terkenal dengan jam tangan buatan Swiss, kraftangan tempatan, coklat, bag Bally, kasut & banyak lagi. Ada orang tu dia aim nak beli TAG Heuer di sini. Bila tengok jam, teringat la Swiss. Gitew!


Lion Monument


Chapel Bridge


Bhucherer

Kemudian kami akan di bawa bersantai di bandar pinggiran Tasik Lucerne  / Lucerne Lake sambil menyaksikan panorama yang indah lagi romantis. Tasik ni antara 12 tasik yang cantik di Swiss & merupakan yang keempat terbesar di Swiss. Sesuai sangat honeymoon dengan husband. 


Day 4Zurich - Beaune - Paris

Selepas breakfast kami akan bertolak ke Paris, ibu kota dunia fashion & syurga membeli belah. Ni merupakan kali ketiga ija sampai ke Paris

On the way ke Paris, kami akan singgah di Beaune for lunch. Bila ija google, menarik juga this small town. Singgah sekejap pun sempat jer bergambar buat kenangan. 

 Hospices de Beaune, from palace for the poor & to the wine-makers' hospital & now become a museum. 

ladang anggur untuk industri pembuatan wine. 

Selepas itu kami akan meneruskan perjalanan ke Paris. One thing for sure, ija akan enjoy melihat permandangan di sepanjang perjalanan. Orang lain mostly akan tidur dalam bas, ija pula terkebil-kebil susah nak tido. So kita layan pemandangan. Tempat orang mestilah kita excited, especially first time melalui kawasan tu. 

Kali ni kami akan stay di Le Meridien Etoile, about 3.6km to Eiffel Tower. Dengan harapan nanti dapat room yang facing Eiffel Tower. Waktu malam view Eiffel Tower cantik tau, ada kerlipan lampu. 





Day 5Paris - Versailles - Paris 

Selepas breakfast, kami akan bertolak ke Palace of Versailles, antara istana yang terbesar & termewah di dunia. Di bina dengan kehebatan senibina Perancis pada kurun ke-18 dan menjadi destinasi pelancongan utama di Perancis. Ia di senaraikan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Yang ni ija belum pernah sampai lagi. 


Palace of Versailles


Palace of Versailles


Palace of Versailles, from drone view. Giler besar. 

Kemudian kami akan menuju ke salah sebuat Outlet Mall yang terkenal di kalangan personal shopper, La Valle Village Outlet untuk aktiviti favorite SHOPPING !!!. Ija pernah datang sini sekali, masa tu naik train. Agak jauh juga dari town & selalunya memang outlet mall keluar dari bandar. Contoh tengok our JPO & GPO. Ada banyak juga la brand yang best kat sini. Kena plan nak masuk butik mana, selalunya masa kat sini hilang kawan. Masing-masing fokus shopping for diri sendiri hehe. 

This mall next to La Valle Village. Yup kami shopping bawa luggage terus, tak risau paperbag tercicir. Nampak kan bersungguh ni nak shopping. 

Masa ni musim sejuk, jadi gelap awal. Ni rasanya baru 4-5pm, dah gelap. Ni masa Dec 2013, lama dah sangat. 

Sila zoom in hehe

Day 6Paris 

Hari ni kami akan di bawa ke Champs Elysees, laluan ke Place de la Concorde, antara dataran (public square) yang terbesar di dunia & merupakan simbol keamanan. Di Champs Elysees banyak butik-butik mewah & antaranya the famous Louis Vuitton outlet. Biarpun Shanghai butik no 1 paling besar di dunia tapi anything about fashion, akan sampai dulu di Paris. Sebab tu outlet LV di sini antara yang selalu jadi tumpuan. Kedudukan Place de la Concorde pula betul-betul mengadap Arc de Triomphe, antara tumpuan pelancong bila ke Paris. 

Champs Elysees street view

The famous Louis Vuitton outlet
Boleh nampak Arc de Triomphe from Place de la Concorde

Gambar kenangan tahun 2013 di depan Arc de Triomphe
Seterusnya ke tempat wajib bila ke Paris, Eiffel Tower & Arc de Triomphe. Kita repeat bergambar di both location. Dulu size berbeza dari sekarang hehe. 


Gambar original from DSLR tak jumpa. Ni la akibat hard disk kena virus huhu. 

Tak sah juga kalau dah ke Paris tak shopping di Galeries Lafayette Mall, the best shopping mall ever in Paris. Cakap jer nak designer brand apa, semua pun ada. My first Chanel (GST) was bought from here. Kenangan sangat kan. Sini tumpuan orang have-have Malaysia shopping tau hehe. Jadi selalunya akan terserempak dengan ramai orang kita di sini. 


Day 7
Charles de Gaulle Airport - Abu Dhabi - KLIA

After breakfast kami akan berangkat balik ke KL. Ni part paling mendebarkan, risau luggage overweight, dah shopping tak ingatkan. Nervous juga masa nak claim VAT di airport. Some airport their VAT claim procedure leceh & slow. Bukan apa risau, bila trip dengan company yang pergi ratus-ratus orang, confirm ramai claim VAT. Masa plak limited, seram kalau tak dapat VAT, mau ribu-ribu jugak tuh hehe. 

Rasa sedih pun ada, sebab dah berakhir trip ni. Back to business la kan hehe. Aim for next free trip pulak. Ija syukur sangat dapat peluang ni. Dulu memang tak pernah melancong overseas, apetah lagi Europe kan. Tengok gambar boss jer dulu holiday. Rasa ala bestnya dapat jalan-jalan oversea. Belum citer bab shopping kan. Kadang kita rasa impian tu macam mustahil. Tapi bila kita berani pasang impian, sebenarnya diri kita akan terdorong untuk usaha ke arah itu. 

Ija asalnya dari nak pakai Premium Beautiful sahaja. Dari just pakai ija decide jadi their agent terus. Sebab ija nampak peluang extra income, memang sesuai la. Masa tu financial ija agak teruk, memang jenis menghitung hari la nak tunggu next gaji. Sedih kan huhu. Tak sangka dah 7 tahun ija dalam business ni. Sekarang product tumpuan bukan hanya Premium Beautiful jer tau. Product range RM10-100 dah makin banyak. Business jadi lebih flexible untuk semua orang. Kalau rasa tak tahu cara nak tambah income, boleh jer sembang dengan ija. 

Yang nak buah tangan from Swiss or Paris boleh la whatssap Ija. Jangan lupa follow IG & FB ija untuk follow the journey. Alang-alang tu terus la tekan button like tau hehe. Thanks to all followers yang sudi singgah baca. Tak sah kalau tak panjang kan. 




Post Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature