HARAPAN

Thursday, 27 September 2018
Hi & assalamualaikum semua



Lama kita tak bersembang di sini kan. Rindu nak bercerita, bila dah lama tak update blog ni jadi tak tahu mana nak mula. Banyak ni cerita nak share. hehe. Ija rasa why not ija nak share pasal hope or harapan. 

Ada kala dalam hidup ni ada cabaran. Ada kala life kita lancar jer. Tapi selalunya kita hanya nampak yang susah jer. Bila bercakap pasal susah, ada suatu masa dulu ija memang dalam kesusahan. Susah dari segi kewangan & susah dari support system. Rasa rendah diri nak kongsi masalah dengan orang termasuklah family. Memang avoid kawan-kawan masa tu sebab malu.

Cuma masa tu yang buat ija untuk kuat ialah Fariz. Tu lah harapan ija. Kalaulah ija hilang harapan, ntah-ntah sekarang entah macam mana life kami. Sejujurnya orang yang banyak ubah cara ija berfikir, suami ija. Masa tu ija single mum & masa tu kenal suami. Dia pun antara harapan ija dalam hidup. Dari situ baru sedar, ija pun harapan pada family. Nasib sedar kan masa tu. 

Dalam life apepun jadi, jangan hilang harapan. Tak kira seburuk mana dugaan untuk kita, harapan lah yang bantu kita untuk move on atau untuk terus berjuang. Teringat cerita kawan ija, dia cakap hilang harapan dengan business yang tengah dia buat. Bukan itu jer, dia jadi hilang confident & nampak tak happy.

Macam ija selalu teringat business partners. Ramai yang buat business ni dengan harapan untuk upgrade kewangan mereka. Ada family yang perlukan mereka, emak ayah, suami, anak-anak & sebagainya. Jangan kata nak down. Nak fikir untuk down pun ija tak boleh. Jika ija dapat ubah kewangan dengan business ni, ija tahu mereka juga boleh. Selagi pegang harapan mereka, selagi tu ija akan bantu.

Pada ija biar apa pandangan orang terhadap ija, yang penting diri sendiri mesti yakin dengan diri & jangan sesekali hilang harapan. Coz HARAPAN lah akan bantu kita gerak ke hadapan. 

Teringat PRU baru-baru ni. Sebab rakyat Malaysia ada harapan lah, rakyat dapat bangkit bersama. Biarpun mulanya nampak mustahil tapi dengan harapan rakyat Malaysia tu kita bertukar kerajaan.

Itu sahaja cerita petang ni. Ija doakan life uols semua di permudahkan & jangan hilang harapan tau.





Post Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature