TAK PANDAI VS MINAT

Friday, 16 August 2019
Hi & assalamualaikum.

Lamanya ija tak bercerita di blogkan. Now I am back. 

Ija nak cerita pasal tak pandai. Ada orang beranggapan orang yang berniaga ni sebab pandai buat business, tak pun mesti sebab minat kan? 

Ija nak cerita my story. Ni cerita betul tau, bukan rekaan. Pernah lepas belajar dulu ija nak cari duit. My mum berniaga di pasar malam masa tu. Ada one of pasar tu, dia tak larat nak berniaga, pasar Khamis nama dia. Orang Raub mesti tahu, pasar malam Khamis ni ada sampai sekarang. Dekat round about Hospital raub jer. Jadi masa tu mama nak stop la berniaga la kat pasar Khamis tu. 

Ija plak nak cari duit masa tu, so ija tanya dia “what if kalau ija yang ganti dia”. Ija tak pandai masak pun waktu tu. Masak untuk makan sendiri lain, masak nak berniaga ni kuantiti besar, ija memang tak pandai. Tapi kan sebab nak duit, sanggup la belajar dari mama. Ija jual mee / keow teow / bihun goreng masa tu. 

Ija belajar dari mama & follow jer sukatan / aturan yang mama dah tetapkan. Follow sebijik-sebijik. Tak berani nak alter biarpun sikit. Jadi bila follow sebijik, rasa tetap sama. Uols rasa ija buat tu sebab suka or minat ke?

Minat vs keinginan nak cari duit, yang mana lebih penting? 

Sama lah bila ija mula business korset (Premium Beautiful) ni, ija bukan pandai pun pasal korset or online nih. Tapi kan ada orang lain yang dah lalui dulu dari ija, so kita belajar jer dari yang pandai dari kita tu. 

Minat? Masa tu lebih kepada nak duit lebih.

Tapi sekarang dah 7 tahun dalam business ni. Dah macam jiwa ija. Tak suruh buat pun memang ija tak nak tinggalkan business ni. Minat tu hadir selepas ija dapat hasil. Minat tu akan datang sendiri nanti. 


Apepun kita usaha jer. Allah kan suka orang yang berusaha dari meminta-minta. Sekian cerita ija. Kalau ada nak share silakan, moga memberi inspirasi kepada yang lain. 









Post Comment

Auto Post Signature

Auto Post  Signature