Assalamualaikum & hi,
Bagi yang dah lama follow blog ija mesti terkejut kan dengan news ni. Pahit untuk di telan tapi itulah ujian untuk kami sekeluarga. Ramai yang tanya macam mana tahu Fariz ada kanser?
Fariz asalnya demam dalam 39 celcius. Since waktu tu memang kes Covid tinggi kan, jadi kami risau jugak. Bila ke klinik (8 April 2020) doctor buat blood test. From the test nampak white blood cell tinggi tapi doctor ingatkan infection. Masa tu dia demam panas, suhu dalam 39, tekak sakit & sakit tengkuk. Doc cakap lepas 4-5 hari with antibiotik akan kurang.
5 days later, demam dah baik tapi tengkuk Fariz sakit lagi. Doc ingatkan salah bantal. At the same time doc buat blood test again & bagi refer letter untuk ke hospital. Ingat lagi masa tu Isnin pagi, 13 April. So lepas ke klinik husband bawa Fariz ke private hospital. Dekat emergency ward, doc check tak ada apa. Ada infection kat tekak Fariz & kami pun ingat betul la salah bantal. Tu dia susah nak makan masa tu sebab sakit tekak.
![]() |
Ni after Fariz balik from private hospital for check up |
Tiba-tiba tengah ija kemas rumah petang sikit, dapat call from doctor klinik. Dia cakap ingatkan mesin dia salah baca blood test pagi tadi. So rupanya dia hantar sample darah Fariz to blood lab. From result sama & dia terus cakap suspek Leukemia. Masa tu gugur jantung ija. Terbayang mama, coz mama pun kanser darah dulu, but different type. Terus mengalir air mata. Doc advise untuk kami bawa Fariz ke Hospital Ampang for further check up. Masa ni kami tak bgtau Fariz lagi, risau Fariz terkejut & belum confirm kan.
Since tengah musim Covid ni, takut la nak ke hospital kerajaan. Ija tanya doctor tak boleh ke kalau pergi private hospital, tapi doctor cakap Hospital Ampang centre for blood cancer, ramai doktor pakar di sana. For some cases, even private akan rujuk ke Hospital Ampang. Dalam hati still in denial mood, keep cakap blood test tu silap.
On the next day, husband bawa Fariz ke hospital for check up. Sedih ija tak dapat ikut sebab PKP kan, hanya seorang boleh dalam kereta. In this situation, driver & pesakit sahaja. Masa tu pun Fariz weak sangat. Dah seminggu tak makan sangat, of course badan lemah. Lebih kurang 2pm, husband call bgtau result, anak positive for Leukemia. Hanya Allah yang tahu betapa sedihnya ija waktu itu. Doc pun advise suruh terus admitted sebab HB Fariz masa tu hanya 6 & dia pun very weak.
![]() |
Masa baru admitted di Hospital Ampang. Tu tengkuk masih sakit |
![]() |
Masa ni husband tengah explain pada Fariz pasal sakit dia & tenangkan dia. Its not easy for him & us. |
Ija bersiap, ambil grab & terus ke hospital. Dalam Grab memang mengalir air mata ni. For the next few days, ija seperti tak percaya dengan ketentuan ini. Cuma depan Fariz kami kena kuat. Jujurnya ija rasa Fariz lebih kuat dari ija sendiri.
![]() |
Masa ni tengah buat bone marrow procedure, nervous sebab first time for us |
The next day buat bone marrow test, dapat tahu jenis leukemia Fariz. AML or Acute Myeloid Leukemia. The next day terus mula chemotheraphy (16 April 2020). Semuanya berjalan dengan pantas. Next post ija share pasal chemotheraphy & sambungan cerita ye. Ija harap jika ada salah & silap ija dengan sesiapa, mohon maaf & doakan kesihatan anak ija ye.
![]() |
Selepas keluar dari bilik procedure tu dia lalok. Ni lepas sedar. |
![]() |
Sebelum bermula chemo pertama |
At the moment Fariz sekarang di Hospital untuk chemo cycle ke-2. Doctor estimate dalam 3 minggu di ward.
Itu sahaja cerita ija kali ni. Jumpa di next posting.
Post Comment
Post a Comment